Sam (Bunkface) Belum Sedia Cipta Lagu Untuk Artis Lain

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sam Bunkface.
Sam Bunkface.

SUBANG JAYA: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya shamsul Annuar Mohd Baharum memberitahu masih belum bersedia untuk mencipta lagu untuk artis lain.

Sam berkata dia merasakan tanggungjawab mencipta lagu untuk artis lain agak berat kepada dirinya buat masa ini walaupun ada beberapa artis meminta lagu daripadanya.

"Tanggungjawab itu berat dan saya belum sedia untuk mencipta lagu untuk artis lain dan tumpuan saya kini adalah kepada mencipta lagu untuk kumpulan Bunkface," ujarnya ketika ditemui pada majlis Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2011 di sini, Selasa.

Sam bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti dia akan mencipta lagu untuk artis lain apabila dia telah bersedia kelak.

Dalam pada itu, Sam berkata tanggungjawabnya kini semakin berat selepas memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi di MACP.

Ini kerana katanya masyarakat akan mengharapkan dia membuat lebih baik daripada sebelum ini.

Ujarnya, penghargaan itu juga membuktikan segala usaha kerasnya sebelum ini dipandang tinggi oleh MACP dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan mereka terhadapnya.

"Anugerah ini adalah sebagai satu pemangkin semangat untuk saya terus berkarya dan menghasilkan lagu dan lirik yang baik untuk peminat," katanya.

Sementara itu, Sam berkata, dia dan ahli kumpulannya sedang menyiapkan album terbaru mereka yang bakal mengandungi tujuh buah lagu Melayu untuk para peminat mereka.

Sam memberitahu album itu nanti akan masih mengekalkan elemen punk rock seperti album pertama mereka sebelum ini.

Setakat ini Sam telah menghasilkan lebih 20 buah lagu untuk kumpulannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan