Megan Fox Akui Benci Lihat Lakonan Sendiri - Berita Hiburan | mStar

Megan Fox Akui Benci Lihat Lakonan Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Megan Fox
Megan Fox

WALAUPUN ramai yang mengagumi bakat lakonan aktres Megan Fox di layar perak tetapi pelakon itu sebenarnya tidak suka melihat dirinya sendiri di layar perak.

Megan mengakui bahawa dia tidak mahu melihat aksi lakonannya sendiri kerana merasakan ia adalah perkara pelik.

"Saya tidak akan melihat lakonan saya di layar perak kerana berasa malu dan pelik," ujarnya.

Sementara itu, Megan memberitahu dia ingin menonton filem Transformer: The Dark Side Of The Moon walaupun peranannya di dalam filem tersebut telah digantikan oleh Rosie Hugtington.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan