Kanye West, Adele Dominasi Pencalonan Anugerah Grammy

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kanye West.
Kanye West.

PENYANYI rap terkenal, Kanye West mengungguli pencalonan Anugerah Grammys tahun depan diikuti rapat oleh penyanyi British, Adele.

Kanye telah dicalonkan dalam tujuh kategori utama manakala Adele mendapat enam pencalonan - termasuk tiga kategori utama bersama-sama kumpulan Foo Fighters dan Bruno Mars.

Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada 12 Februari tahun depan turut menyaksikan kehadiran Lady Gaga pada majlis pengumuman pencalonan itu yang diadakan pada Rabu di Nokia Theatre, Los Angeles.

Lady Gaga dicalonkan dalam tiga kategori.

Lagu popular Adele, 'Rooling In The Deep' disebut-sebut sebagai pemenang Anugerah Rekod Tahun Ini dicalonkan bersama-sama Bon Iver (Holocene), Bruno Mars (Grenade), Mumford & Sons (The Cave) dan Katy Perry (Firework).

Albumnya yang berjudul '21' juga turut mendapat pencalonan dalam kategori Album Tahun Inir dan akan bersaing dengan album-album terbaik lain seperti Foo Fighters (Wasting Light), Lady Gaga (Born this Way), Bruno Mars (Doo Wops and Hooligans) dan Rihanna (Loud).

Sementara itu, Kanye akan berentap dalam kategori Lagu Tahun Ini menerusi single hitnya 'All of the Lights' disamping Adele (Rolling in the Deep), Mumford & Sons (The Cave), Bruno Mars (Granade) dan Bon Iver (Holocene).

Manakala bagi kategori Artis Baru Terbaik adalah Perry Band, Bon Iver, J.Cole, Nicki Minaj dan Skrillex dan kesemua mereka menerima lima pencalonan lain, termasuk penyanyi rap Lil wayne.

Adele terus menerima pelbagai pengiktirafan walaupun sedang berehat sebentar daripada dunia muzik selepas menjalani pembedahan dan terpaksa membatalkan semua persembahan sehingga tahun hadapan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan