Klik Musim Kedua Temui Penonton

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon Klik
Barisan pelakon Klik

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro Ceria bakal meneruskan kesinambungan drama komedi remaja berjudul Klik pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi bermula 4 Disember ini.

Drama komedi 13 episod ini masih mengekalkan barisan pelakon musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Wawa Zainal dan Jorrin.

Pengurus saluran Astro Ceria Evon Koh berkata, drama bersiri ini diteruskan untuk musim kedua berikutan permintaan dan sambutan menggalakkan penonton pada musim pertama.

"Melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita.

"Golongan remaja sebagai golongan sasaran lebih mudah menerima mesej yang disampaikan melalui cara bersahaja dan komedi berbanding jalan cerita sarat pengajaran," ujarnya pada sidang media majlis pelancaran drama Klik, di sini, Selasa.

Tambahnya drama Klik turut menjadi drama yang berjaya meraih jumlah penonton memberangsangkan di antara drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro Ceria.

Malah drama musim kedua ini lebih lucu dan mencuit hati. Musim ini juga masih mengekalkan konsep santai, bersahaja dan menghiburkan dalam mengupas persoalan golongan remaja .

Pelbagai gelagat sekumpulan remaja yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini bakal mencuit hati penonton.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan