Keselesaan Punca Ahmad Idham Kekalkan Zizan, Jue Evans & Taiyu

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham selesa bekerja dengan trio Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar dalam filem terbarunya, Mael Lambong - Foto oleh NORMAN HIU
Ahmad Idham selesa bekerja dengan trio Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar dalam filem terbarunya, Mael Lambong - Foto oleh NORMAN HIU

KUALA LUMPUR: Pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata keputusan untuk mengekalkan tunggak utama filem Hantu Bonceng (HB) iaitu Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar dalam filem terbaru arahannya, Mael Lambong (ML) adalah bertitik-tolak daripada keselesaannya bekerjasama dengan tiga pelakon itu.

Ahmad Idham berkata penggemar filem-filem arahannya pasti dapat melihat trend tersebut kerana ia adalah formula yang lazim digunakannya dalam filem-filem sebelum ini.

“Sejak dulu lagi, saya sering menggunakan khidmat beberapa pelakon yang sama dalam kebanyakan filem arahan saya.

“Peminat pasti dapat melihat trend penggunaan pelakon-pelakon yang sama, contohnya Cat Farish dalam kebanyakan filem arahan saya sebelum ini.

“Bukan sebab kronisme atau pilih kasih apa, cuma saya selesa bekerja dengan beberapa nama ini, sekaligus melancarkan proses penggambaran,” katanya yang ditemui di lokasi filem itu di Pusat Sains Negara, di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Ahmad Idham berkata respons positif daripada peminat terhadap gandingan trio terbabit dalam filem HB sebelum ini mengukuhkan lagi pendiriannya untuk mengekalkan ketiga-tiga pelakon baru itu.

“Gandingan Zizan, Juliana dan Taiyu memberikan impak tersendiri dalam filem HB. Sudah terbukti ia mendapat respons positif daripada peminat berdasarkan kutipan pecah pangung yang kami terima.

“Jadi, mengapa tidak saya kekalkan gandingan yang diminati ramai ini dalam ML pula. Saya selesa dengan mereka,” katanya.

Filem ML yang diinspirasikan daripada perwatakan ciptaan kumpulan Jozan (Johan & Zizan) ketika dalam pertandingan Maharaja Lawak itu berkisar tentang kronologi hidup seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur.

Segalanya berubah apabila Mael bertembung dengan Maria lakonan Juliana Evans secara tidak sengaja dalam satu insiden kejar-mengejar.

Tindakan untuk melarikan diri daripada sekumpulan penjahat itu bagaimanapun telah membawa mereka ke Terengganu iaitu kampung halaman Mael yang telah lama ditinggalkannya.

Selain trio berkenaan, filem komedi aksi ini turut membariskan penampilan istimewa Shuib Sepahtu, Sabri Yunus, Dian P. Ramlee dan Aziz M. Osman.

Filem ini menjalani penggambaran selama 30 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu ini dan merupakan filem ketujuh terbitan syarikat produksi pengarah ini iaitu Excellent Pictures.

Ia dijangka menjengah pawagam pada penghujung 2012.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan