Filem 'Magic To Win' Tiada Persamaan Dengan 'The Last Airbender' - Penerbit

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Pengarah filem Hong Kong Wilson Yip, aktor-penerbit Raymond Wong dan aktor-penyanyi Wu Chun pada sidang media filem Magic To Win, di Hotel J.W Marriott, di sini, Isnin. - Foto oleh CHAN TAK KONG
(Dari kiri) Pengarah filem Hong Kong Wilson Yip, aktor-penerbit Raymond Wong dan aktor-penyanyi Wu Chun pada sidang media filem Magic To Win, di Hotel J.W Marriott, di sini, Isnin. - Foto oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit filem terkenal Hong Kong, Raymond Wong menolak pandangan segelintir pihak yang mendakwa filem terbarunya, Magic To Win (MTW) mempunyai persamaan dengan filem Hollywood The Last Airbender arahan M. Night Shyamalan.

Wong yang menyifatkan persepsi tersebut sebagai tidak berasas berkata MTW sebaliknya adalah berinspirasikan konsep filem lakonannya Happy Ghost 1-5 (1984-1991) yang pernah popular pada satu ketika dulu.

Ekoran kejayaan filem komedi klasik itu, Wong memutuskan untuk mengembangkan konsep filem tersebut dalam MTW dengan menyelitkan elemen-elemen baru yang lebih moden dan segar termasuk aplikasi janaan imej berkomputer (CGI).

“MTW tidak mengambil idea dan konsep filem Hollywood itu. Ia tidak mempunyai perkaitan atau persamaan langsung.

“Sebaliknya, ada beberapa elemen dalam filem ini yang berinspirasikan filem Happy Ghost yang pernah mencetuskan fenomena di kalangan peminat filem Hong Kong pada era 1980-an dan 1990-an,” katanya yang ditemui pada sesi temu ramah selepas pelancaran filem berkenaan di Hotel J.W Marriott, di sini, Isnin.

Penerbit filem Ip Man 1 & 2 itu berkata selepas 20 tahun bahagian terakhir filem berkenaan iaitu Happy Ghost 5 dihasilkan, banyak pihak yang mencadangkan kepadanya untuk menerbitkan semula filem itu.

Bagaimanapun, katanya nilai estetika filem tersebut yang tinggi dan tersendiri tidak mungkin dapat diterjemahkan dengan penghasilan filem versi baru.

“Kita tidak mungkin akan dapat menghasilkan versi baru Happy Ghost kerana nilai dan sentimental filem itu berada pada kelasnya tersendiri.

“Sebab itu, kita terbitkan MTW yang pada asasnya berinspirasikan beberapa elemen daripada filem itu.

“Seiring dengan peredaran masa, filem ini boleh dianggap sebagai versi Happy Ghost yang telah dinaik tarafkan pada aspek plot dan aplikasi teknologi,” katanya.

Dalam pada itu, Wong berkata pemilihan pengarah Wilson Yip untuk menerajui filem ini adalah bertitik-tolak daripada keserasian dan keselasaannya bekerjasama dengan pengarah itu selepas Ip Man 1 & 2.

“Saya memilih Wilson sebagai pengarah MTW kerana sudah lama mengenali dan bersahabat dengannya.

“Saya cukup selesa bekerjasama dengannya dalam filem francais Ip Man sebelum ini,” katanya.

Filem komedi fantasi itu dibintangi oleh Louis Koo, Wu Chun, Ni Yan dan Raymond Wong. Ia akan ditayangkan bermula 1 Disember ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan