'1 Hati Cinta Negara' Imbas Semula Sejarah Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Sharmila
Wan Sharmila

PETALING JAYA: Sebagai memperingati tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul dengan program berbentuk kuiz iaitu 1 Hati Cinta Negara.

Bakal disiarkan setiap Jumaat, bermula 2 Disember ini memberi peluang kepada penonton untuk menyuntik semangat patriotisme yang semakin berkurangan lebih-lebih lagi daripada kalangan anak-anak muda.

Program ini juga menampilkan pengacara Luqman Hakim dan Siti Nazira di studio bersama peserta manakala selepbriti popular, Wan Sharmila pula bertindak sebagai pengacara lokasi.

Bagi setiap episod, dua kumpulan yang diangotai oleh 3 orang peserta akan berentap untuk mara ke peringkat seterusnya dan markah peserta akan dinilai oleh juri Prof. Datin Paduka Dr.Ramlah Adam.

Pemenang episod pertama hingga lapan akan berentap di peringkat separuh akhir dan dua kumpulan yang mendapat peratusan markah tertinggi layak ke pusingan akhir.

Program ini dipecahkan kepada tiga segmen utama iaitu Huraikan, Soalan Berangkai Kacau Minda dan Cepat Jawab.

Bagi segmen pertama, setiap peserta perlu menghuraikan mengenai visual gambar tokoh atau mercu tanda yang tertera di skrin. Markah akan diberi mengikut jumlah fakta yang disebut oleh peserta. Satu fakta akan diberi 2 markah. Setiap peserta akan diberi masa 2 minit untuk menjawab soalan.

Segmen Soalan Berangkai Kacau Minda pula melibatkan soalan berangkai. Soalan berangkai bermaksud satu fakta akan dibacakan sebelum soalan dikemukakan di mana soalan tersebut tidak ada kaitan dengan fakta yang diberikan oleh pengacara. Setiap kumpulan akan disoal mengikut giliran.

Manakala untuk segmen Cepat Jawab, soalan berunsur pengetahuan sejarah diajukan dan bagi peserta yang paling cepat menekan butang loceng akan dipilih.

Program sebanyak 13 episod ini akan disiarkan menerusi saluran TV1 pada pukul 10 malam.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan