'The Playground' Himpun Bakat 'stand up comedy'

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Playground akan berlangsung pada 6 dan 20 disember 2011.
The Playground akan berlangsung pada 6 dan 20 disember 2011.

PETALING JAYA: Sebuah pementasan komedi yang menampilkan bakat-bakat baru dalam pentas stand up comedy akan diadakan pada 6 dan 20 Disember depan.

Program yang dinamakan The Playground itu bukan sahaja menampilkan komedi semata-mata tetapi juga pada acara sama turut mempersembahkan sketsa, nyanyian dan sebagainya.

Antara segmen yang akan ditampilkan pada persembahan yang akan diadakan di Tapis Rouge, Kota Damansara itu adalah 'If You Think You Are Funny Please Stand Up' yang menampilkan Kuah Jenhan dan Malik Taufik (6 Disember) dan Phoon Chi Ho dan Shamaine Othman (20 Disember).

Selain itu, The Playground turut menampilkan Projek Disko Baldi yang akan mengadakan sketsa komedi dalam 'What’s Funny this week?' dengan menampilkan para pelakon seperti Redza Minhat, Megat Sharizal, Shamaine Othman, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Segmen lain dalam persembahan yang akan berlangsung selama lebih satu jam itu adalah Artifically Intelligent : Improvholics Anonymous (AI:IA) melakonkan ‘rahsia’ penonton dalam 'Funny Confessions.. Shhhh' bersama Malik Taufik, Amelia Chen, Jit Yang, Farah Rani dan Ashraf Zain.

The Playground adalah terbitan bersama Tapis Rogue iaitu sebuah restoran berkonsepkan teater dan kabaret dengan kerjasama Playground Productions.

Tiket masuk yang dikenakan pada penonton juga berpatutan iaitu RM30 dan untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket boleh menghubungi 03-6142 2686 (Tapis Rouge).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan