Lebih 5 Bulan, Facebook Forteen Cecah 25,000 Peminat

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Ariz, Izzue, Ameer dan One. Foto SAUFI NADZRI
Dari kiri: Ariz, Izzue, Ameer dan One. Foto SAUFI NADZRI

PETALING JAYA: Lebih lima bulan bergerak sebagai penyanyi berkumpulan yang digelar Forteen, laman sosial Facebook yang menggunakan nama kumpulan itu telah diikuti oleh lebih 25,000 peminat.

Menurut anggotanya, Ameer dan One, mereka bersyukur dengan penerimaan dan sokongan peminat kepada kumpulan yang bernaung di bawah KRU Studios itu.

“Alhamdulillah, penerimaan peminat sangat mengagumkan dan berharap mereka tidak akan jemu menyokong kami dalam memperjuangkan industri muzik.

“Kami juga tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2011 untuk anugerah Artis Duo/ Berkumpulan dan sedang berusaha melobi peminat untuk mengundi kami,” kata mereka.

Sementara itu, mereka turut menafikan bahawa Forteen akan menggantikan Anuar Zain untuk menyanyi lagu Sedetik Lebih di separuh akhir Muzik Muzik 26.

“Penyanyi yang akan menyanyikan lagu Sedetik Lebih untuk menggantikan Anuar Zain nanti bukan artis KRU.

“Setahu kami, pengumuman tentang penyanyi itu akan dibuat dalam masa terdekat ini,” kata Ameer.

Selepas kemunculan lagu Berdua Bersatu yang sedang hangat menduduki carta di stesen radio tempatan, Forteen bakal tampil dengan lagu kedua mereka yang lebih rancak.

“Lagu kedua ini akan membuatkan semua orang mahu menari dan yang penting ia berunsurkan Melayu,” ujar Ameer lagi.

Para peminat boleh mengikuti Forteen dengan melayari Facebook Forteen atau twitter Forteen KRU.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan