Mutiara 'Cinta' Jehan Miskin dan Nabila Huda

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabila Huda
Nabila Huda

PETALING JAYA: Kisah cinta antara Nabila Huda dan Jehan Miskin menerusi drama berjudul Mutiara bakal disiarkan pada 2 Disember ini, pukul 10.30 pagi menerusi slot Nurani, TV1.

Gandingan dua pelakon yang memegang watak sebagai Firman (Jehan) dan Fina (Nabila) mengisahkan tentang pergolakan jiwa seorang pemuda berjiwa rock bernama Firman yang tersedar bahawa muzik ghazal telah mengundang rasa cinta terhadap diri sendiri.

Firman sudah tidak keruan bilamana dia tidak dapat menilai antara sukanya pada alunan muzik ghazal ataupun Mutiara yang menyanyikan lagu ghazal itu.

Dari hari ke hari, Firman sudah mula jatuh hati pada Mutiara. Diasering melihat dan mendengar Mutiara mengalunkan irama dan nyanyian ghazal di restoren milik Profesor Marzuki.

Dalam masa yang sama, Fina (penyanyi dalam kumpulan Firman) juga menaruh hati pada Firman.

Hari demi hari disiplin Firman terhadap kumpulannya sudah semakin luntur dan sering datang lewat ketika latihan mahupun ketika persembahan membuatkan abang Li (ketua kumpulan) tidak senang dengan sikap Firman sehingga ke arah pertelingkahan.

Firman dijemput bermakan malam di rumah Fina dan memperkenalkan ayahnya, Profesor Marzuki dan bakal isteri ayahnya, Mutiara.

Berlaku pula konflik apabila Firman menuduh bahawa Fina dan Mutiara cuba mempermainkannya sehingga membuat keputusan untuk membawa diri ke Jepun.

Bagaimanapun firman dan Fina telah selamat diijabkabulkan.

Selain jehan dan Nabila, antara barisan pelakon lain ialah Aman Shah, Zul Huzaimy dan Fiza Elite.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan