'Bunohan' Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Taipei - Berita Hiburan | mStar

'Bunohan' Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Taipei

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu aksi Zahiril Adzim dalam Bunohan.
Salah satu aksi Zahiril Adzim dalam Bunohan.

PETALING JAYA: Filem drama-aksi Bunohan yang telah mendapat tempat di arena antarabangsa menerima Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Pengarah filem tersebut, Dain Said menerima anugerah tersebut bagi pihak produksi.

Menurut Dain, juri NETPAC memuji filem tersebut kerana mereka mendapati Bunohan menggunakan cara yang paling kreatif dan unik disamping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia.

Anugerah NETPAC dianugerahkan bagi menggalakkan pawagam-pawagam di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Bunohan telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011.

Festival Filem Taipei Golden Horse dijadikan tayangan untuk tayangan perdana filem Bunohan di peringkat Asia.

Bunohan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan negara Thai, Bunohan menceritakan tentang lelaki ganas yang kental.

Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.

Filem ini dibintangi pelakon-pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim, dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.

Filem ini diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.

Bunohan akan mula di tayangkan di panggung seluruh negara bermula 8 Mac 2012.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan