Robin Gibb Dari The Bee Gees Yakin Kembali Sembuh

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin Gibb.
Robin Gibb.

LONDON: Anggota kumpulan The Bee Gees, Robin Gibb yang kini sedang dirawat kerana sakit barah hati berkata, beliau yakin akan kembali sembuh seperti sediakala selepas selesai menjalani rawatan.

Menurut akhbar tabloid paling laris Britain, The Sun, Robin telah mengirim mesej melalui laman blognya dan mengakui bahawa dia kini sedang menderita kesakitan tetapi "saya percaya kerana doa dan sokongan para peminat yang saya terima saya akan kembali pulih tidak lama lagi.”

Robin turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat setianya yang telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan.

Robin Gibb, 61 yang telah mengejutkan dunia hiburan beberapa bulan lalu apabila muncul dalam satu majlis amal dalam keadaan yang kurus kering kini sedang dirawat di Hospital John Radcliffe berhampiran bandar Oxford di mana beliau tinggal.

Bintang bersuara falseto itu telah membatalkan beberapa siri konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Brazil tahun ini atas nasihat para doktornya.

Tahun lalu Robin telah menjalani pembedahan pada saluran ususnya yang tersumbat - masalah yang sama yang dihidapi oleh kembar tidak seirasnya iaitu seorang lagi anggota Bee Gees, Maurice pada tahun 2003 yang membawa kepada kematiannya.

Kumpulan The Bee Gees menempa nama di persada antarabangsa apabila lagu-lagu mereka seperti Stayin Alive dan More Than A Women menjadi lagu tema filem muzikal ‘Saturday Night Fever’ pada tahun 1979.

Album tersebut telah memenangi Anugerah Grammy untuk Album Terbaik dan terjual sehingga melebihi 40 juta unit di seluruh dunia - menjadikannya sebagai lima album paling laris di dunia.

Keseluruhannya Bee Gees telah menjual 220 juta album di seluruh dunia dan lagu ciptaan mereka dinyanyikan oleh tidak kurang dari 2,500 orang artis termasuklah Celine Dion, Dolly Parton, Kenny Rogers, Elvis Presley, Eric Clapton, Elton John, Tom Jones, Destiny’s Child, Olivia-Newton John, Barbra Streisand, Dionne Warwick, Tina Turner dan Diana Ross.

Selain Robin dan Maurice, Bee Gees turut dianggotai oleh Barry, 64.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan