Irfan Makki Tolak Dakwaan Dirinya Klon Maher Zain

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi kelahiran Pakistan, Irfan Makki pada pelancaran album keduanya, I Believe di Hotel Quality, di sini, Rabu. - Foto oleh RICKY LAI
Penyanyi kelahiran Pakistan, Irfan Makki pada pelancaran album keduanya, I Believe di Hotel Quality, di sini, Rabu. - Foto oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid dan kerohanian Irfan Makki, 36, menyifatkan dakwaan yang melabelnya klon kepada penyanyi Maher Zain sebagai tidak tepat kerana mereka memperjuangkan muzik yang berbeza dan mempunyai kekuatan masing-masing.

Penyanyi yang menetap di Kanada itu berkata sebagai penyanyi yang baru menembusi pasaran Malaysia selepas fenonema yang dicetuskan Maher Zain sebelum ini, dia tidak mampu menolak persepsi itu dan berharap agar peminat dapat menilaikan sendiri kelainan yang ditawarkan dalam muziknya.

“Mungkin konsep muzik saya dan Maher Zain kedengaran seakan sama iaitu lagu nasyid dan kerohanian kontemporari. Namun lagu-lagu saya lebih menonjolkan isu sosial dan masalah sejagat seperti di Palestin, isu ketidakadilan dan motivasi diri.

“Album ini diterbitkan pada standard yang tinggi dan berbeza. Malah, Maher sendiri turut bertindak sebagai penerbit bersekutunya, jadi sudah tentu muzik kami berbeza,” katanya yang ditemui sejurus pelancaran album keduanya, I Believe di Hotel Quality, di sini, Rabu.

Irfan berkata sebelum tampil dengan album tersebut, dia dan Maher Zain sebenarnya sering bekerjasama dalam penerbitan lagu dan persembahan pentas di merata tempat.

“Saya sudah menceburi bidang nyanyian sejak 1997 lagi. Hakikatnya, saya dan Maher sudah lama mengenali antara satu sama lain. Malah, kami sering berkolaborasi dalam penerbitan lagu dan pertunjukan pentas.

“Selepas mengeluarkan album pertama iaitu Salam pada 2003, saya terpaksa berehat seketika atas urusan peribadi. Hanya pada tahun ini saya mahu kembali aktif dan mula menembusi pasaran Malaysia dan serantau,” katanya.

Album terbitan Awakening Records itu memuatkan 13 trek lagu termasuk I Believe (menampilkan Maher Zain), Mabrook dan You & I.

Sejak ia mula dipasarkan oleh wakil pengedar tempatan, Inteam Records dan Warner Music Malaysia kira-kira tiga bulan lalu, album I Believe sudah terjual lebih 10 ribu unit.

Album tersebut kini berada di pasaran dan juga boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web www.inteammobile.com dengan harga RM27.90.

Irfan bertandang ke Malaysia buat julung kalinya ketika menjayakan konsert Maher Zain Live in Concert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan