Osman Ali Gemar Terbit Filem Adaptasi Novel

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Osman Ali.
Osman Ali.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal, Osman Ali yang baru memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2011 menerusi filem Cun memberitahu gemar menghasilkan filem daripada adaptasi sesebuah novel.

Osman berkata, peluang yang diberikan untuk mengarahkan filem Ombak Rindu iaitu sebuah novel popular tulisan Fauziah Asari merupakan peluang besar buat dirinya.

"Ketika ditawarkan oleh pihak penerbit, Tarantella Pictures, saya terus terima untuk mengarahkan filem ini kerana memang telah lama ingin mengarah sebuah filem adaptasi daripada novel," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Ombak Rindu di sini, Selasa.

Katanya, sebagai persediaan dia telah berjumpa sendiri dengan penulis buku berkenaan untuk mendalami setiap watak dalam novel itu dan berbincang mengenai bahagian penting yang perlu dimasukkan dalam filem.

"Tidak mungkin semua plot, sub-plot dan watak perlu dimasukkan dalam filem kerana ruang filem yang terhad dari segi masa.

"Jadi perbincangan perlu dilakukan bagi memastikan bahagian penting ada di dalam jalan cerita supaya ia tidak lari dari cerita asal," ujarnya.

Filem berkenaan menelan belanja sebanyak RM2 juta dan telah menjalani penggambaran di beberapa lokasi seperti Langkawi, Kedah dan Cameron Highlands.

Osman berkata, dia telah melakukan yang terbaik bagi menghasilkan Ombak Rindu dan mengharapkan peminat setia novel itu akan menyukai versi filemnya yang akan menjengah di pawagan pada 1 Disember depan.

Sementara itu, Osman berkata, dia berpuas hati dengan hasil lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani yang mendokong watak utama dalam Ombak Rindu.

"Sebelum memulakan penggambaran kita telah melakukan latihan bagi menguatkan watak selain mendapat tunjuk ajar daripada pelakon berbakat, Elly Suriati.

"Latihan itu penting adalah kerana kebanyakan watak bermain dengan pelbagai emosi seperti sedih, ketakutan dan marah," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan