Najwa Mahiaddin Ingin Terbit Album Melayu - Berita Hiburan | mStar

Najwa Mahiaddin Ingin Terbit Album Melayu

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najwa Mahiaddin.
Najwa Mahiaddin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Najwa Mahiaddin memberitahu ingin menghasilkan sebuah album Melayu pada tahun hadapan untuk para peminatnya.

Najwa berkata, untuk album itu nanti dia akan mengekalkan elemen soul dengan menyelitkan beberapa irama klasik Melayu di dalamnya.

"Saya berkemungkinan akan muncul dengan album baru dalam bahasa Melayu tetapi semuanya masih dalam perancangan," ujarnya kepada mStar Oline ketika ditemui baru-baru ini.

Najwa berkata, setakat ini dia masih dalam peringkat menulis lirik dan tidak mahu terburu-buru menghasilkan album tersebut.

Katanya, tumpuannya kini adalah kepada pelajaran yang masih berbaki selama setahun lagi di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, Najwa membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Got To Go dan Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) yang berlangsung pada 12 November lalu.

Najwa muncul dengan album pertamanya berjudul Innocent Soul pada Mac lalu.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan