Hot FM Perkenal Penyampai Baru Di Kelantan & Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen radio Hot FM memperkenalkan lapan penyampai radio baru untuk dua saluran khusus di negeri Kelantan dan Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, pengkhususan Hot FM T’ganu dan Hot FM Kelate ini mampu memenuhi kehendak pendengar sekaligus mengukuhkan jenama stesen itu di kedua-dua negeri yang unik itu.

“Kami menyifatkan cara sebegini mampu menarik pendengar di Kelantan dan Terengganu. Setakat ini kita telah mengumpul 600,000 pendengar di Pantai Timur mengikut kajian yang dilakukan.

“Jadi, kami berharap dapat meningkatkan jumlah pendengar sebanyak 15 peratus daripada jumlah tersebut,” kata Seelan semasa sidang media selepas mengumumkan penyampai-penyampai baru Hot FM untuk Kelantan dan Terengganu di Saloma Bistro, Selasa.

Tambahnya: “Jika diperhatikan beberapa stesen radio tempatan, saya rasa belum ada lagi stesen radio swasta yang membuat pengkhususan radio seperti ini.

“Setakat ini, kami memilih dua negeri ini dahulu kerana keunikannya dari segi budaya, komuniti dan keinginan penduduknya yang jauh berbeza dari penduduk negeri lain.

Mengikut sesi ujibakat yang dilakukan, seramai lapan orang yang terpilih daripada 500 permohonan yang dilakukan.

Penyampai yang akan bertugas di Hot FM T’ganu adalah adalah Mohd Rafly Rahamat (Rafly), 25, Mohd Hermansani Aminudin (Bell), 28, Muhammad Azri Ismail (Azri), 23, dan Nurul Ain Omar (Ain), 22.

Sementara penyampai Hot FM Kelate adalah Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz), 26, Syed Mohd Farid Mohd Nor (Farid), 24, Mohamad Hafizie Roslan (Fizie), 23, dan Wan Zuraini Wan Hasan (Renny), 23.

Dua orang eksekutif muzik turut terpilih iaitu Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul), 23, yang akan bertugas di Hot FM Kelate manakala Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul), 25, akan mengendalikan Hot FM T’ganu.

Mereka akan mula bertugas 2 Januari depan dan konti kedua-dua saluran itu akan berpengkalan di Kota Bahru dan Kuala Terengganu.

Biarpun begitu, Hot FM masih mengekalkan segmen Hot FM AM Krew pada pukul 6 pagi hingga 11 pagi melibatkan penyampai Fara Fauzana, AG, Usop dan Faizal Ismail.

Bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, segmen bagi setiap negeri bakal berkumandang pada frekuensi 105.1 di Kelantan dan 105.0 di Terengganu di mana ia hanya boleh didengar di negeri-negeri itu sahaja.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan