Qalisha Makan Pulut Kuning Untuk Kulit Cantik

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOLOKAN Kim Kardashian sering diberikan kepada penyanyi wanita kecil molek bernama Qalisha, 20, ini.

Wajahnya yang persis bintang realiti televisyen itu membuatkan ramai peminat memberikan pelbagai tanggapan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Satu Januari ini tidak pernah perasan atau mengiyakan pernyataan itu dan hanya menerimanya dengan senyuman atas pujian yang diberikan.

Malah dia juga mengeluarkan kenyataan tidak mahu dibayangi Kim sebaliknya lebih selesa jika dikenali kerana bakat nyanyian sahaja.

Seperkara lagi yang menjadi buah mulut orang tentang Qalisha adalah hubungannya dengan orang kenamaan (VIP).

Penyanyi ini juga pernah mengakui beberapa kali dilamar VIP. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak lamaran-lamaran tersebut dengan cara yang baik supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

Tidak dinafikan wajahnya juga sering dilihat membuat persembahan nyanyian di majlis keraian kerabat diraja dan korporat.

“Saya mula menyanyi untuk majlis-majlis di istana apabila ada ahli keluarga yang perkenalkan kepada mereka.

“Misalnya saya pernah menyanyi di Istana Terengganu pada umur antara 17 dan 18 tahun kerana saya berasal dari Kelantan dan keluarga pernah berpindah ke Terengganu.

“Sebelum itu, saya selalu menyanyi di majlis perkahwinan saudara-mara dan keluarga terdekat.

“Pada awal tahun ini, saya mula terlibat untuk membuat persembahan di majlis korporat. Saya juga pernah menceburi bidang peragaan selepas habis sekolah menengah tidak lebih dari setahun,” katanya kepada OopStarz!

Menceritakan tentang penglibatannya dalam industri seni tempatan, penyanyi kacukan Arab, Pakistan dan Afghanistan ini akui pertemuannya dengan komposer Ajai memberikan ‘tiket masuk’ untuk menghasilkan album.

“Saya pernah berjumpa dengan Ajai semasa berusia 14 tahun di Terengganu setelah membuat persembahan di hadapannya. Dia meminta saya bertemu dengannya jika berminat untuk menjadi penyanyi.

“Lima tahun selepas itu, baru saya berjumpa dengannya semula kerana sebelum itu saya masih bersekolah dan mentah untuk menjadi artis. Jika dulu saya belum bersedia, tetapi sekarang inilah masanya untuk menunaikan impian saya.

“Setakat ini, saya banyak praktis menyanyi di rumah. Disebabkan terlalu serius dengan kerjaya ini, saya terpaksa menangguh pengajian dan menyambungnya selepas empat hingga lima tahun lagi,” katanya.

Ikut petua nenek, ibu

Sambil berbual sakan, Qalisha sempat berkongsi tentang petua kecantikan yang diamalkan lebih-lebih lagi orang muda sepertinya pasti gemar berhias.

Bagai tepat tekaan itu, gadis ini akui selalu mengikut petua yang dikongsi oleh neneknya.

“Nenek saya suka makan pulut kuning. Katanya, pulut boleh menjadikan kulit cantik dan ia terbukti apabila melihat kulit nenek yang putih dan lembut sehingga sekarang.

“Saya mengamalkan petua ini pada setiap minggu atau dua kali sebulan dan membuat lulur badan menggunakan tauhu bersama susu segar pada setiap sekali atau dua kali sebulan.

“Petua ini dikongsi oleh ibu saya. Caranya adalah dengan mengisar tauhu dan campurkan dengan susu segar sebelum campuran itu disapu pada badan. Hasilnya, kulit akan menjadi lembut,” ujarnya.

Selain itu, Qalisha amat pentingkan penjagaan wajah dengan meletak timun yang dikisar atau dipotong setiap hari untuk menjadikan kulit sentiasa segar,” katanya yang turut berkongsi petua untuk mendapatkan rambut yang lebat.

Menurutnya, hasil rambut lebat boleh dilihat dengan menyapu minyak zaitun dan biarkan semalaman dengan memakai pelindung rambut. Kemudian cuci rambut pada keesokan paginya. Petua itu diamalkan sekali seminggu.

Qalisha juga berkongsi petua supaya tidak mengamalkan makan pada waktu malam dan penting mengambil sarapan pagi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan