MLM: Jalil Hamid Tersingkir Minggu Ke Empat

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak veteran, Jalil Hamid tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega minggu ke empat yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Jalil tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan terendah sebanyak 46 peratus.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Syok (49 peratus) dan Hiro (53 peratus).

Persembahan pada minggu ke empat diungguli oleh kumpulan Boboi sebanyak 70 peratus diikuti oleh 3G (66 peratus) dan Osbon (66 peratus).

Jalil ketika ditemui berkata, dia telah menyangka akan terkeluar setelah mendapat maklum balas kurang baik daripada juri.

"Sejujurnya saya telah merasakan akan terkeluar dari minggu lepas lagi dan nyata minggu ini ia menjadi kenyataan," ujarnya.

Dalam pada itu, Jalil berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai pertandingan dan ia adalah perkara baru baginya walaupun telah terlibat dalam dunia lakonan sudah lama.

"Bukan mudah sebenarnya berlawak dihadapan penonton sendirian dan mengetahui bahawa kita sedang dinilai, perasaan itu berbeza," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan