Eman Manan Harap Diberi Masa Untuk Fikir Soal Jodoh

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Eman Manan (gambar) yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011 berharap peminat memberi masa kepadanya untuk memikirkan tentang soal jodoh.

Ini kerana dia merasakan dirinya belum cukup sempurna untuk kembali berkahwin sekaligus menamatkan zaman dudanya.

“Saya mohon diberi sedikit ruang masa lagi kerana saya rasa dari segi persediaan diri belum cukup.

“Apabila saya sudah betul-betul mencapai apa yang saya inginkan dalam hidup, baru saya akan memikirkan tentang niat untuk berkahwin lagi,” katanya dalam satu sidang media semasa tayangan supertelefilem Parit Jawa di GSC Signature, Gardens, di sini, Rabu.

Walaupun tidak mendedahkan sama ada dirinya sudah mempunyai calon atau tidak, Eman sempat berkongsi kriteria wanita yang menjadi pilihannya.

“Seperti lelaki lain, saya mahukan wanita yang saya suka dan sayang. Apabila saya sudah bersedia, selepas itu baru saya akan mengahwininya,” katanya lagi.

Menyentuh tentang lakonannya dalam Parit Jawa, Eman akui cerita itu mempunyai mesej yang berat dan berguna untuk dikongsi dengan para penonton.

“Drama ini mempunyai jiwa yang berat tetapi kehadirannya hijau. Bagi saya, jika seseorang pelakon itu tidak pernah belajar berlakon pasti akan merasa berlakon itu senang.

“Tetapi apabila sudah belajar tentang lakonan, seseorang itu akan merasakan susahnya berlakon itu,” ujarnya penuh bermakna.

Supertelefilem Parit Jawa yang turut dilakonkan oleh Ruminah Sidek, Zahiril Adzim, Jalil Hamid, Safura dan Nam Ron ini bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini.

Selain dapat menonton supertelefilem ini, pelanggan Astro Box Office Movie Tayangan Hebat juga berpeluang menonton filem Hindustan berjudul Chillar Party, filem Catch Me I’m In Love (Filipina), filem The Nutcracker (United Kingdom), Haunted (India), The Cinderalla (Thailand) dan Kuntilanak Kesurupan (Indonesia) pada harga RM9.95.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan