Zee Avi Sebak Dihadapan 2,000 Peminat

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zee Avi sebak dihadapan 2,000 peminatnya di KL Live pada Khamis. Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.
Zee Avi sebak dihadapan 2,000 peminatnya di KL Live pada Khamis. Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi sebak semasa mengakhiri konsert jelajahnya di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, terharu dengan kehadiran lebih 2,000 peminat yang memenuhi ruang KL Centre untuk siri konsert jelajahnya di Malaysia.

"Saya benar-benar terharu dengan sokongan semua peminat di Malaysia, terima kasih kerana datang," ujarnya.

Memulakan persembahan tepat pada pukul 10 malam, Zee Avi muncul dipentas sambil menari tarian tradisional tempat kelahirannya, Sarawak dan mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.

Nyata Zee Avi tidak melupakan asal usulnya kerana pada tiga lagu pertama yang didendangkan iaitu Milestone Moon, 31 Days dan Swell Window, Zee turut menyelitkan beberapa elemen muzik tradisional Sarawak bagi memberi rencah tempatan pada lagu-lagunya.

Bernaung di bawah label Jack Johnson’s Brushfire Records & Ian Montone’s, dia kembali ke Malaysia selepas kali terakhir berada di negara ini pada tahun lalu.

Kemantapan vokal penyanyi genit itu juga tidak perlu dipertikai kerana Zee Avi berjaya menyampaikan sebanyak 13 lagu dengan baik.

Zee Avi juga sempat menyampaikan sebuah lagu daripada Foster The People berjudul Pumped Up Kicks yang nyata berjaya menarik perhatian para peminatnya.

Antara lagu lain yang dipersembahkan adalah Just You and Me, Madness, Mojo, Siboh, Bitter Heart, Concrete Wall, Honey Bee, Clouds, Roll Your Head dan single yang telah mempopularkannya, Kantoi.

Secara keseluruhannya, Zee Avi berjaya menonjolkan identitinya sebagai seorang penyanyi bertaraf antarabangsa kepada peminatnya di Malaysia yang berkumpul seawal pukul tujuh petang.

Keupayaannya mengalunkan pelbagai alat muzik memberikan kelebihan kepadanya untuk menarik minat penonton menyaksikan aksinya yang lincah di pentas.

Dibawakan oleh Livescape Asia, penyanyi baru, Narmi atau lebih dikenali sebagai Imran (pemain drum kumpulan One Buck Short) terlebih dahulu menghiburkan penonton dengan lima buat lagu iaitu Tweet In Defiance, Cair, Chasing, Trying to Sleep, Whril dan The Road Home sebagai pembuka tirai konsert.

Selain Kuala Lumpur, anak jati Sarawak itu bakal mengadakan dua lagi konsert di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang pada 18 November dan Former Dewan Undangan Negeri pada 26 November untuk di Kuching, Sarawak.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan