Aura Erra Fazira & Aaron Aziz Tarikan "Badai Semalam"

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naskah novel popular Badai semalam nukilan Khadijah Hashim yang pernah dizahirkan dalam bentuk drama dan kini diangkat ke pentas teater ternyata punya kekuatan tersendiri.

Berlatar belakang sekitar era 1970-an, pentas dibuka dengan suasana sayu di sebuah stesen kereta api yang turut menjadi lokasi pada babak terakhir teater tersebut.

Hujan dan kilat sambar-menyambar pengarah Khairunazwan Rodzy berjaya mengambarkan gelora perasaan Mazni lakonan Erra Fazira yang menempuhi suka duka kehidupan demi mengejar cita-cita.

Erra Fazira ternyata berjaya mengamit perasaan penonton apabila dapat memberi nyawa pada watak gadis Melayu yang tegas dengan keputusan diri.

Erra mampu bermain dengan emosi Mazni yang tersepit antara cita-cita, cinta dan janjinya terhadap ibu.

Apa yang cuba disampaikan penulis, watak Mazni dan ibunya lakonan Ziela Jalil cuba menentang fikiran masyarakat zaman tersebut yang berpendapat wanita tidak perlu belajar tinggi.

Selain Erra, Aaron turut berjaya membawa watak Karim seorang anak tuan rumah yang ego dan suka berfoya-foya. Karim mengambarkan sudut lelaki era tersebut yang bongkak dengan kekayaan dan akhirnya menyesali segala perbuatannya terhadap Mazni.

Karim dianggap jahat apabila membawa warna-warna kehitaman terhadap kehidupan Mazni sehinggalah ke klimaks penceritaannya.

Sementara itu, karakter Fizz Fairoz mungkin tidak banyak perbezaan kerana memainkan watak lelaki baik yang sanggup menunggu cinta Mazni.

Dalma pada itu, terdapat beberapa karakter yang menyerlah seperti watak Cik Mahani (Emelda Rosmila) sebagai batu api kepada Cik Rohana (Umie Aida). Cik Mahani menggambarkan sikap segelintir manusia yang sememangnya ada dalam sesebuah masyarakat.

Pengarah patut diberi pujian kerana berjaya menterjemahkan setiap perwatakan dengan baik termasuk watak Dora lakonan Jasmin Hamid sebagai penari kelab malam.

Kejayaan tetaer ini turut dibantu dengan latar belakang props besar yang digunakan menepati era pada zaman tersebut.

Sinopsis Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana.

Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka.

Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Teater Badai Semalam adaptasi novel Khatijah Hashim ini dipentaskan bermula 11 November lalu hingga 20 November 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan