‘Parit Jawa’ Bukan Sekadar Isu Berebut Tanah

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara babak melibatkan Eman Manan (kanan) dan Zahiril Adzim dalam Parit Jawa.
Antara babak melibatkan Eman Manan (kanan) dan Zahiril Adzim dalam Parit Jawa.

KUALA LUMPUR: Supertelefilem, Parit Jawa yang bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini bukan sekadar memaparkan tentang isu berebut tanah.

Malah menurut pengarahnya, Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 44, ceritanya turut menggarap mesej kepada masyarakat hari ini supaya menjaga amanat yang diberikan oleh ibu dan bapa.

“Pada mulanya, saya menolak untuk mengarah cerita tentang isu berebut tanah ini kerana pada saya cerita sebegini sudah banyak kali disiarkan di televisyen.

“Tetapi setelah berbincang dan berdebat dengan pihak yang menyumbangkan idea asal cerita ini, Saniboey Mohd Ismail, baru saya bersetuju apabila kami mula menokok tambah cerita asal itu menjadi lebih menarik dan berlainan daripada cerita yang ada sebelum ini,” katanya sewaktu sidang media selepas tayangan Parit Jawa di GSC Signature, Gardens, di sini, Rabu.

Ini merupakan telefilem kedua yang diarahkan oleh Mona selepas telefilem Uri yang disiarkan di saluran yang sama.

Mona mempunyai pengalaman mengarah iklan dan berkhidmat dalam bidang periklanan selama 20 tahun sebelum mendalami bidang perfileman di New York Film Academy, Los Angeles pada 2004.

Menyentuh Parit Jawa yang turut menggunakan salah sebuah nama tempat di Muar, Johor, Mona mempunyai dua sebab mengapa kehidupan masyarakat Jawa yang diangkat sebagai latar belakang cerita ini.

“Saya mempunyai alasan kuat tentang kehidupan orang Jawa dan lokasi Parit Jawa yang dipilih kerana yang pertama, dalam sejarah ada menceritakan tentang kebanyakan orang Jawa yang menetap dan menerokai tanah di Parit Jawa.

“Seperkara lagi adalah burung botak di pantai di Parit Jawa yang semakin pupus jika pantai itu tidak dijaga oleh masyarakat tempatan,” jelasnya.

Mona juga berasa agak bertuah apabila mendapat kerjasama daripada para pelakon hebat seperti Ruminah Sidek, Eman Manan, Zahiril Adzim, Nam ron, Ghazali Abu Noh, Jalil Hamid, Safura dan Rashidah Jaafar.

“Dalam masa dua minggu selepas memberikan tawaran, setiap pelakon memberikan persetujuan.

“Cuma masalah yang dihadapi pada mulanya adalah untuk membuat jadual penggambaran kerana ada di antaranya yang sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setelah mendapat persetujuan daripada mereka,” ujarnya lagi.

Selain dapat menonton supertelefilem ini, pelanggan Astro Box Office Movie Tayangan Hebat juga berpeluang menonton filem Hindustan berjudul Chillar Party, filem Catch Me I’m In Love (Filipina), filem The Nutcracker (United Kingdom), Haunted (India), The Cinderalla (Thailand) dan Kuntilanak Kesurupan (Indonesia) pada harga RM9.95.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan