Johan Raja Lawak Tolak Filem CGI

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan Raja Lawak
Johan Raja Lawak

KUALA LUMPUR: Pelakon Johan (Raja Lawak) mengakui terpaksa menolak beberapa buah tawaran filem berikutan genre yang tidak menepati citarasanya.

Kata Johan, ia lebih selesa berlakon dalam filem yang dekat dengan budaya masyarakat Malaysia berbanding filem yang menggunakan kaedah teknologi tinggi seperti teknik pengimejan berkomputer (CGI).

"Saya banyak menolak tawaran filem bukan kerana bayaran tetapi kesesuaian filem tersebut terhadap citarasa saya.

"Saya bukan memilih tetapi saya mahu berlakon dalam filem-filem yang dekat di jiwa masyarakat, kerana apa yang saya perhatikan masyarakat masih belum boleh menerima filem-filem yang menggunakan kaedah teknologi terkini," katanya baru-baru ini.

Jelas Johan, ia bukan memilih berdasarkan sesebuah jalan cerita, sebaliknya genre atau konsep yang ditonjolkan sesebuah filem tersebut.

"Bagi saya ia bukan kerana jalan cerita bagus atau tidak kerana ia boleh dibaguskan dengan lakonan pelakon-pelakonnya," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata dia tidak memilih terlalu banyak tawaran dalam sesuatu masa bagi menjaga nilai eksklusif.

"Mungkin ramai yang ingat saya ambil banyak tawaran tetapi sebenarnya program tersebut hanya ulangan.

"Buat masa ini saya hanya terlibat dengan beberapa program iaitu Edisi Khas, Superlawak, Elly & Epik dan Era FM," katanya.

Sementara itu, dia yang kini memiliki sebuah syarikat produksi iaitu JWH production merancang untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan watak popularnya Acai.

"Saya suka watak Acai kerana ia mempunyai karekter tersendiri seperti mana Mael Lambung yang sinonim dengan Zizan Raja Lawak.

"Mungkin rezeki Zizan untuk membawa watak tersebut ke layar perak, Insya-Allah satu hari nanti saya sendiri akan terbitkan filem untuk watak Acai ini," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan