BN Youth Music 2011 Cungkil Bakat Baru

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program BN Youth Music 2011 bakal memberi peluang kepada generasi muda untuk berkarya selain mencungkil bakat baru dalam bidang muzik.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak gagal untuk menyertai program bakat sedia ada.

Khairy berkata, selain mencungkil bakat baru anak muda, program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan rakyat negara ini yang dari pelbagai latar belakang.

"Ini adalah platform sesuai untuk anak-anak muda berkarya selain dapat berkumpul sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dengan alasan yang lebih relevan iaitu muzik," ujarnya pada sidang media majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa.

Dalam pada itu, pemangku Timbalan Presiden dan Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi berkata, peserta yang ingin menyertai program itu boleh berbuat demikian bermula sekarang sehingga 31 Disember 2011 dengan memuat naik video persembahan mereka di laman web www.bnyouthmusic.com.

Tambahnya, peserta berusia dari 18 hingga 40 tahun boleh menyertai program ini dengan tiga kategori berbeza iaitu Solo, Kumpulan dan Kumpulan Vokal.

"Peserta yang telah memuat naik video di laman Youtube juga masih boleh menyertai dengan menghantar link video mereka ke laman web BN Youth Music 2011," katanya.

Zed berkata, sebanyak 30 peserta akan disenarai pendek diperingkat separuh akhir dan akan membuat persembahan secara langsung dihadapan juri profesional pada Januari.

Sementara itu, penyanyi rock, Awie yang dilantik sebagai juri tetap berkata, dia bakal melihat kreativiti peserta selain personaliti mereka sebagai kriteria pemilihan untuk peringkat akhir nanti.

Ujarnya, peserta boleh memuat naik video persembahan sama ada lagu daripada artis lain tetapi digalakkan untuk menghantar lagu ciptaan mereka sendiri.

"Sebab itu kita pentingkan kreativiti peserta yang bukan sahaja diukur melalui suara tetapi juga bakat mereka dalam mencipta lagu dan lirik," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan