Yuna Terharu Usaha Keras Dihargai

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna.
Yuna.

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna melahirkan rasa terharu apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) atas kejayaan cemerlangnya mencipta nama di Amerika Syarikat.

Yuna berkata, dia tersentuh kerana segala kerja kerasnya untuk membina nama di luar negara dihargai kerana jalan yang dilaluinya bukan mudah.

"Saya begitu tersentuh apabila semua usaha keras saya dihargai walaupun masih baru dalam industri muzik walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memperbaiki diri," ujarnya.

Yuna ditemui pada sidang media selepas acara AIM2011 di sini pada Sabtu.

Dia berkata, peluang bekerja dengan penerbit berpengalaman untuk albumnya di sana adalah sesuatu berharga dan sentiasa mencontohi cara mereka bekerja.

"Sudah tentu industri mereka jauh lebih besar berbanding di Malaysia dan itu adalah salah satu cabaran buat saya dalam menempatkan diri di sana.

"Kerja keras adalah paling utama dan itu adalah antara perkara yang saya pelajari sepanjang berada di sana," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kemenangan tiga anugerah di AIM2011, Yuna berkata, dia tidak menyangka 'Penakut' dinobatkan sebagai Lagu Terbaik kerana gubahan lagu tersebut berbeza daripada segi melodinya.

"Penakut sebenarnya adalah sebuah lagu eksperimen saya kerana ia berbeza daripada segi melodinya dan saya sendiri tidak pasti sama ada ia akan diterima atau tidak oleh pendengar.

"Tetapi dengan anugerah ini ia jelas inspirasi saya dalam mencipta lagu diterima baik oleh pihak juri profesional yang menilai lagu itu," ujarnya.

Selain kategori Lagu Terbaik dan Anugerah Kembara, Yuna turut menerima Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Penakut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan