Konsert 'No Wrong Notes' Perkenalkan Koir Kebangsaan Negara

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafinaz turut muncul dalam Konsert 'No Wrong Notes'.
Syafinaz turut muncul dalam Konsert 'No Wrong Notes'.

PETALING JAYA: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bakal menganjurkan Konsert No Wrong Notes yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini, pukul 8.45 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Konsert yang turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPK) dan Kementerian Pelancongan Malaysia itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat yang masih lagi kurang memberi perhatian terhadap persembahan konsert berbentuk koir yang mampu memberi hiburan kreatif dan intelektual.

Dalam pada itu No Wrong Notes yang dipersembahkan oleh koir kebangsaan Malaysia juga merupakan salah satu daripada 15 aktiviti seni dan budaya sepanjang November dan Disember kelolaan JKKN.

Gabungan persembahan Koir Kebangsaan dan koir Remaja Kebangsaan Malaysia akan menghimpunkan elemen Jazz, Latin dan Raggae.

Konsert ini merupakan produk terbaru Koir Kebangsaan selepas menjayakan beberapa konsert lain seperti Konsert Music Makers dan Cintakan Kedamaian.

Selain itu, ia membawa beberapa objektif lain yang memberi pendedahan dan pengalaman di arena muzik koral bagi ahli koir serta masyarakat Malaysia menyaksikan persembahan koir yang bertaraf profesional, seterusnya menambah bilangan peminat dan pencinta seni koir terutamanya golongan muda.

Bertitik-tolak daripada usaha yang dijalankan secara tidak langsung, konsert tersebut mampu meningkatkan lagi apresiasi terhadap seni koir serta mewujudkan masyarakat yang kreatif.

Bukan sekadar sebuah persembahan, jenama Konsert No Wrong Notes juga mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk Koir Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 18 buah lagu dipilih dengan susunan muzik yang lebih seperti Gema Rembulan, Asmara, Sambaria, Tergeleng-geleng, Dan Sebenarnya, Dayung Sampan, The Pink Panther, Nature Boy, Kiss From A Rose, Bim Bom, I’m Gonna Live Till I Die, Waltzing Matilda, Someone To Watch Over Me, La Cucaracha, Besame Mucho, Fugue In C Minor, The Quiero dan Senyum.

Membabitkan seramai 55 peserta, penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat, tampil selaku Pengarah Vokal dan Pengarah Persembahan ini.

Dalam pada itu,mkonsert tersebut terbahagi kepada tiga sesi dengan menggunakan muzik iringan secara langsung (Live Band) .

Sementara itu, Konsert No Wrong Notes dipimpin oleh Mohd Amri Mohd Zin selaku konduktor sementara Tunku Marina Tunku Zubir sebagai Pengarah Koir.

Bagi yang berminat menyaksikan konsert berkenaan, kemasukan adalah secara percuma.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan