Jennifer Lopez Bercinta Dengan Penari? - Berita Hiburan | mStar

Jennifer Lopez Bercinta Dengan Penari?

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini heboh memperkatakan Jennifer Lopez (gambar) tidak hanya menjalin hubungan dengan pelakon Bradley Cooper.

Namun dia juga dikatakan bercinta dengan seorang penari.

Menurut US Magazine, Isnin, penari itu bernama Casper Smart, salah seorang penari terkenal yang pernah terlibat dalam konsert Michael Jackson, This Is It dan tampil dalam filem Step Up 3D.

Jennifer dilihat beberapa kali berlatih dengan Casper di New York.

Pada 2001, Jennifer pernah berkahwin dengan penari latar dalam klip video Love Don't Cost a Thing, Judd. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama setahun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan