Sentuhan Puitis J.Cole

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: J.Cole ALBUM: Cole World: The Sideline Story LAGU PILIHAN: Nobody’s Perfect, Work Out, Breakdown, God’s Gift. EDARAN: Sony Music

ALBUM: Cole World: The Sideline Story

LAGU PILIHAN: Nobody’s Perfect, Work Out, Breakdown, God’s Gift.

TARUHAN penghasilan album studio pertama J.Cole (gambar), Cole World: The Sideline Story mungkin menjadi satu kepuasan buat penyanyi rap ini selepas muncul dengan lima buah album berbentuk ‘mixtapes’.

Begitu juga buat peminat-peminat setianya, album ini pasti memberi kepuasan menyeluruh lebih-lebih lagi ia memuatkan sebanyak 16 trek lagu.

Antara lagu yang dimuatkan ialah Dollar and a Dream III, Can’t Get Enough (menampilkan Trey Songz), Lights Please, Interlude, Sideline Story, Mr.Nice Watch (menampilkan Jay Z), Cole World, In The Morning (menampilkan Drake), Lost Ones, Nobody’s Perfect (menampilkan Missy Elliot), Never Told, Rise and Shine, God’s Gift, Breakdown dan Work Out.

Bertindak sebagai penerbit album ini, JCole atau nama sebenarnya Jermaine Lamarr Cole bijak mewarnai muzik hip hop dengan elemen susunan muzik yang pelbagai.

Malah, hampir keseluruhan pembikinannya dihasilkan oleh penyanyi kelahiran Frankfurt, Jerman ini.

Pada pendapat OopStarz!, gandingan mantap bersama penyanyi Missy Elliot menerusi lagu Nobody’s Perfect boleh dikira sebagai lagu terbaik dalam album.

Kekuatan lagu tersebut bukan sahaja dari segi sentuhan melodi yang berbentuk puisi, tetapi juga dari susunan muzik instrumental menjadi tarikan.

Selain itu, lagu-lagu lain yang menjadi pilihan OopStarz! ialah Lost One, Work Out, Breakdown dan God’s Gift.

Secara keseluruhan,lagu-lagu yang dibawakan dalam album ini tidak menunjukkan konsep hip hop yang ‘skeptikal’. Sebaliknya, JCole menyuntik sedikit elemen konsep peredaran muzik masa kini agar ia tampak berbeza.

Kiranya, konsep pembikinan album ini yang memainkan campuran muzik 1990-an ini juga memberikan kelainan berbanding dengan album hip hop yang lain.

Bagi pendengar yang tidak biasa dengan lagu-lagu hip hop, album ini masih lagi sesuai untuk diperdengarkan.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan