Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran - Berita Hiburan | mStar

Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha.
Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha.

PETALING JAYA: Keguguran anak pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

“Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3.

“Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selepas itu, baru saya akan berehat,” katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu.

Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu.

“Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini.

“Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia,” kata Ayu lagi.

Pasangan ini dinikahkan pada 21 Januari tahun ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan