Mizz Nina Mahu Berduet Dengan Artis Berbahasa Mandarin

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina
Mizz Nina

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mizz Nina, 31, berhasrat untuk berkolaborasi dengan artis-artis negara jiran yang berbahasa Mandarin seperti Taiwan bagi menembusi pasaran muzik serantau.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh itu berkata walaupun semuanya masih terlalu awal untuk dikongsikan, dia dan pihak pengurusannya kini sedang mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengan beberapa artis serantau bagi album keduanya.

“Untuk perancangan terdekat, mungkin saya akan mencari peluang kerjasama dengan artis-artis yang menggunakan bahasa Mandarin di Taiwan contohnya kerana pasaran untuk audiens berbahasa Mandarin adalah luas.

“Sebab itu saya perlu menjalani kelas bahasa Mandarin untuk sebutan dan cara nyanyian yang betul dalam bahasa itu,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Mizz Nina berkata dia juga mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan beberapa penyanyi besar tanah air termasuklah Ella dan Datuk Sheila Majid dalam album keduanya yang kini dikhabarkan sedang menjalani proses rakaman.

“Semuanya masih terlalu awal tapi saya merancang untuk mendapatkan khidmat penyanyi-penyanyi hebat tanah air seperti Ella dan Datuk Sheila Majid untuk album terbaru nanti,” katanya yang dijangka memuatkan 10 lagu dalam album keduanya itu.

Ditanya tentang perancangan untuk mendapatkan anak, Mizz Nina berkata buat masa ini, mereka suami isteri masih menyesuaikan diri dan keadaan dalam melayari alam rumah tangga dan belum terfikir tentang soal anak dalam masa terdekat.

“Kami pun baru saja berkahwin dan sedang menyesuaikan diri sebagai suami isteri. Banyak perkara terutamanya yang melibatkan kerjaya perlu diberikan keutamaan dulu.

“Bukan tidak mahu anak tetapi buat masa ini kami sibuk dengan komitmen kerja. Kalau soal anak, mungkin selepas dua tahun,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan