Dua Konsert Hebat di RTM 19 November Ini

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najwa Latif.
Najwa Latif.

KUALA LUMPUR: Dua konsert hebat bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 November depan yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan TV2 dengan himpunan lagu-lagu popular dan artis-artis terkenal tanahair.

Dua konsert tersebut adalah Malam Alunan Gemilang - Konsert Masihkah Kau Ingat di TV1 yang diterbitkan bagi menyuntik kesedaran masyarakat tentang bahaya penggunaan bahasa rojak serta langkah segera bagi mengatasinya.

Konsert yang bakal disiarkan pada pukul tiga petang itu juga diadakan bersempena sambutan Bulan Bahasa dengan menyaksikan gabungan persembahan sketsa, pantun, sajak berirama dan deklamasi sajak yang bakal dibacakan oleh Profesor Lim Swee Tin.

Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ernie (lagu Srikandi Cintaku), Nora (lagu Jentayu), Kumpulan Koir Lim Kok Wing (lagu Bahasa Kebangsaan), Ahmad Ramli (lagu Katakan Padaku), Fitri Hakim (lagu Penyu Menangis), ArisAriwatan (lagu Lamunan Terhenti).

Manakala Lan Kristal dengan (medley keteguhan cinta lagu Ibu kota Cinta, Cinta Sakti, Terima Kasih dan Lena di Ulit Intan), Najwa Latif (lagu Cinta Muka Buku), Kumpulan Putera (lagu Penantian), Nazrey Johani (lagu Tetamu Senja), Dato’ David Arumugam (lagu Layang-Layang Terputus Tali), Lan & The Typewriter (lagu Jeritan Batinku) dan Siti Nordiana (lagu Kurik-Kundi).

Selain itu diselitkan juga sketsa mencuit hati menggandingkan pelawak terkenal tanah air Ali Mamak, Angelina Tan, Accapan, Yuss dan Tauke selain persembahan pantun oleh Kumpulan Kebudayaan Universiti Malaya.

Sementara itu, peminat industri muzik pastinya menantikan Siaran Langsung Konsert Muzika Ekstravaganza ... Mega Fenomena yang menyemarakkan TV2 (RTM), jam 8.30 malam yang turut disiarkan serentak menerusi saluran Suria (Mediacorp).

Tahun ini juga tiba giliran RTM menjadi tuan rumah dalam memahat sejarah gilang gemilang dalam industri hiburan serantau dengan mengimbas nostalgia zaman kegemilangan bintang besar yang pernah mendatangkan fenomena kepada industri seni serantau.

Penghormatan diberi kepada barisan artis popular dua negara bagi menyampaikan persembahan tersendiri iaitu dari Malaysia Dato’ David Arumugam, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Faizal Tahir.

Manakala nama-nama besar yang didatangkan dari Singapura pula terdiri daripada Jatt, Rudy Djoharnaen, Nana, Hanafie Waran. Menariknya eksklusif kepada peminat, persembahan artis-artis hebat ini diiringi dengan muzik hasil gabungan pemuzik Orkestra RTM dan Singapura.

Konsert ini turut menggabungkan tiga artis komedi terkenal sebagai pengacara, Saiful Apek dan Jepp Sepah bersama rakan dari Singapura, Suhaimi Yusoff yang digabungkan bagi memberikan impak sebenar Mega Fenomena dengan sketsa yang pasti mencuit hati.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan