AIM18: Yuna Terima Tiga Anugerah, Termasuk Anugerah Kembara

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Sheila Majid (tengah), Yuna (kanan) dan Najwa (kiri) bersama-sama dengan trofi masing-masing di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18, di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Datuk Sheila Majid (tengah), Yuna (kanan) dan Najwa (kiri) bersama-sama dengan trofi masing-masing di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18, di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada Sabtu.

Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Album Terbaik menerusi The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.

Penyanyi Najwa membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Got To Go dan Artis Baru Terbaik menewaskan calon popular lain seperti James Baum dan Reza Salleh.

Dalam pada itu, kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Anuar Zain dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) dimenangi oleh trio 3 Suara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah melalui gandingan mereka di dalam Beribu Sesalan.

Manakala, penyanyi Nora menerima anugerah Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Pedoman gandingannya bersama kumpulan VOU.

Penerima anugerah lain adalah Adibah Noor untuk Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Rock Terbaik diterima oleh kumpulan API Melalui lagu Pelita.

Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada bekas Timbalan Pengarah Kanan EMI Music Asia Tenggara dan pengasas Pelindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Beh Suat Pheng atas sumbangannya selama lebih 35 tahun di dalam industri muzik tanah air.

Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak.

Pelbagai persembahan menarik yang ditampilkan termasuklah gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga.

Manakala persembahan istimewa lain termasuklah Najwa, Yuna, Yassin, Mawi, Hafiz, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor), Ezad Exists, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Elly AXL's.

Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah AIM18:

1. Artis Baru Terbaik

Najwa

2. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Ning Baizura, Jacyln Victor, Shila Amzah - Beribu Sesalan

3. Lagu Rock Terbaik

Lagu: Pelita /Komposer: Loque /Artis: API

4. Lagu Pop Terbaik

Lagu: Sedetik Lebih /Komposer: Edry Abdul Halim /Artis: Anuar Zain

5. Lagu Pop Etnik Terbaik

Lagu: Joget Tak Senang Hati /Artis: Adibah Noor

6. Lagu Nasyid Terbaik

Lagu: Pedoman /Artis: Nora Feat V.O.U

7. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Lagu: You Got To Go /Artis: Najwa

8. Video Muzik Terbaik

Lagu: Susun Silang Kata /Artis: Aizat Amdan /Pengarah: Ahmad Farish

9. Lagu Bahasa melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara

Lagu: Ku Menunggu /Komposer: Mery LC /Artis: Rossa

10. Anugerah Kembara

Yuna

11. Anugerah Sri Wirama

Beh Suat Pheng

12. Artis Mobile Celcom Terbaik

Sixth Sense

13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Anuar Zain - Sedetik Lebih

14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Yuna - Penakut

14. Lagu Terbaik

Yuna - Penakut

15. Album Terbaik

Album: The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid /Artis: Sheila Majid.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan