Greyson Chance Temui Peminat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Greyson Chance di sidang media 'Greyson Chance Live in Malaysia' di JW Marriott, Kuala Lumpur, Khamis. - Foto ONG SOON HIN
Greyson Chance di sidang media 'Greyson Chance Live in Malaysia' di JW Marriott, Kuala Lumpur, Khamis. - Foto ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, penyanyi muda dari Amerika, Greyson Chance, 14, bakal menemui peminatnya di ibu kota pada Jumaat ini dan Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis depan dalam siri jelajah Asia.

Menurut Greyson, dia tidak sabar untuk membuat persembahan, beramah mesra dan mempromosikan album dengan para peminatnya.

“Saya sangat menyintai peminat saya dan tidak sabar untuk bertemu dengan mereka dalam rangka promosi dan membuat persembahan jelajah yang diaturkan oleh pihak Universal Music Malaysia.

“Saya gemar mengembara dan pertama kali datang ke Malaysia, saya menyukai negara ini kerana persekitaran yang bersih dan pemandangan menarik,” katanya dalam satu sidang media ‘Greyson Chance Live in Malaysia’ di JW Marriott, di sini, Khamis.

Greyson yang dikenali menerusi YouTube juga agak teruja dengan sokongan peminat yang menonton nyanyian lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh penyanyi Lady Gaga.

“Saya tidak menyangka lebih 44 juta penonton yang menonton nyanyian saya di YouTube dan hampir 300,000 penonton yang menyukai video tersebut.

“Sebelum ini, saya hanya menjangkakan untuk mencapai 1 juta penonton sudah memadai.

“Terus-terang, saya memilih untuk menyanyikan lagu Paparazzi kerana amat meminati Lady Gaga dan menyukai lagunya yang bersifat artistik serta seronok ketika menyanyikan lagu itu,” katanya yang akan menyanyikan lagu tersebut secara duet dengan penyanyi Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada Sabtu ini.

AIM 18 akan bersiaran secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil yang turut boleh ditonton di Astro Ria mulai pukul 9 malam.

Selain itu, dia akan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Waiting Outside The Lines.

Sementara itu, Pengurus Besar Universal Music Malaysia, Loan Cheong berkata Greyson akan meluangkan masanya di ibu kota sehingga Ahad ini sebelum berangkat ke Singapura selama tiga hari, seterusnya ke Kota Kinabalu (17 November) dan kemudian ke Manila, Filipina (19 November).

Peminat boleh menemui Greyson di showcase ‘Greyson Chance Live in Malaysia’ pada Jumaat, pukul 8.30 malam di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail dan di 1Borneo Hypermall, Gourmet Lane, Kota Kinabalu (17 November, 8.30 malam) serta sesi autograf dan promosi album di Speedy Video, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara (12 November, 12 tengah hari).

Turut diundang untuk menyaksikan showcase Greyson itu adalah 40 kanak-kanak dari Rumah Hope, Petaling Jaya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan