Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dira Abu Zahar
Dira Abu Zahar

MELAKA: Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Sementara itu, majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan