Pencalonan "Hikayat Merong Mahawangsa" Bakar Semangat KRU

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Abdul Halim
Norman Abdul Halim

PETALING JAYA: Penerbit filem, Norman Abdul Halim mengakui pencalonan sebanyak 12 kategori untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa pada pertandingan Festival Filem Malaysia ke-24 membakar semangatnya.

Katanya, dia pernah berasa tawar hati untuk bertanding FFM24 setelah kemenangan filem terbitannya Magika pada FFM 23 dipertikaikan banyak pihak.

“Saya bersyukur filem Hikayat Merong Mahawangsa mendapat pencalonan luar biasa dalam pertandingan FFM24 ini.

“Ia seperti pengulangi pencapaian Magika tahun lalu yang mana saya nggap seperti satu pengiktirafan kepada kami,” ujarnya yang ditemui pada sidang media majlis pelancaran filem Cinta Kura-Kura, di sini, Rabu.

Norman diminta mengulas pencalonan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang mendominasi pencalonan pada FFM24 akan datang.

Bagaimanapun, Norman berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap kesemua pencalonan tersebut.

“Pencalonan ini telah membakar semangat saya untuk menghasilkan lagi filem-filem bermutu. Ia juga secara tidak langsung mengubat kekecewaan dan rasa tawar hati saya selepas kemenangan filem Magika tahun lalu dipertikaikan

“Saya tidak mahu menyasarkan mana-mana kategori dan menyerahkan segalanya kepada rezeki dan juri yang memilih,” katanya.

Dalam pada itu, Norman juga mengumumkan bahawa KRU Studio menyasar untuk menerbitkan sebanyak 50 buah filem berkualiti dalam masa tiga tahun.

“Kami memang meletakkan sasaran mengeluarkan 50 buah filem dalam masa tiga tahun, ini termasuk filem bergenre bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.

“Justeru itu, kami dalam proses menubuhkan sebuah unit khas untuk mengumpul metarial dari segi skrip,” katanya.

Bercerita tentang filem Cinta Kura-Kura, Norman berkata ia sebagai salah satu filem yang diterbitkan untuk tujuan komersial.

“Kita mempunyai beberapa strategi antaranya menerbitkan filem untuk tujuan pertandingan atau komersial.

“Filem-filem seperti Magika, Hikayat Merong Mahawangsa dan 29 Februari meruapakan filem yang mempunyai kretaria tertentu untuk pertandingan.

“Manakala kita juga menerbitkan filem-filem seperti Cinta Kura-kura, Karak, dan Duyong untuk tujuan box office,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan