Hujan Teruja Klip Video ‘Kotak Hati’ Dapat Premier Di TV9

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hujan ketika majlis 'A Special Collaboration With TV9 presenting Hujan- Kotak Hati' di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ART CHEN
Hujan ketika majlis 'A Special Collaboration With TV9 presenting Hujan- Kotak Hati' di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ART CHEN

PETALING JAYA: Klip video single terbaru kumpulan Hujan berjudul Kotak Hati akan disiarkan secara eksklusif di TV9 menerusi dua rancangan hiburan terbitan stesen televisyen tersebut.

Vokalis Hujan, Noh akui sangat teruja dengan kolaborasi ini lebih-lebih lagi Hujan merupakan artis pertama yang terpilih untuk mendapat siaran premier ini.

“Walaupun klip video Kotak Hati dihasilkan secara sederhana untuk sesuaikan dengan lagu yang berkonsep balada itu, namun kami merasakan ia agak istimewa apabila diberi peluang untuk menyiarkan secara eksklusif di TV9,” kata Noh ketika majlis ‘A Special Collaboration With TV9 presenting Hujan- Kotak Hati’ di pejabat Warner Music Malaysia, di sini, Rabu.

Menurut wakil penjenamaan TV9, Tengku Mohd Azmi Tengku Azhar, klip video tersebut akan disiarkan dalam rancangan HIP TV pada 24 November ini dan juga menerusi rancangan Galaksi pada 25 November ini.

“TV9 memilih artis-artis muda seperti Hujan dan Aizat untuk mendekati penonton muda. Secara kebetulan, Hujan baru sahaja menghasilkan klip video lagu Kotak Hati.

“Jadi, sebab itu kita memilih untuk menyiarkan klip video tersebut atas persetujuan bersama antara pihak TV9 dan anggota Hujan. Selain itu, kami turut menjemput Hujan untuk ditemubual dalam program-program tersebut,” kata Azmi.

Lagu dan lirik yang dihasilkan sendiri oleh vokalis Hujan, Noh itu menggambarkan tentang keikhlasan pasangan kekasih yang bercinta sehingga mereka sanggup berkongsi segala suka duka bersama-sama dan berharap untuk terus setia bersama.

Klip video lagu ini diarahkan oleh Tengku Mona Riza Tengku Khalid dan menjalani penggambaran semasa bulan Ramadan. Selain menampilkan anggota Hujan sendiri, video tersebut juga memaparkan beberapa babak dalam telefilem Uri lakonan Tengku Norhanis dan Beto Kusyairi yang pernah disiarkan di saluran Astro Box Office.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan