Ujibakat Showdown 2012 Dibuka Secara "Online"

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz Hatim (kiri) bertindak sebagai pengacara Showdown 2012, sementara Maple Loo (tengah) dan joe Flizzo kekal sebagai juri tetap.
Hafiz Hatim (kiri) bertindak sebagai pengacara Showdown 2012, sementara Maple Loo (tengah) dan joe Flizzo kekal sebagai juri tetap.

PETALING JAYA: Program realiti Showdown 2012 akan memulakan pencarian penari-penari berbakat negara yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara Showdown 2012 bagi musim ketiga.

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul berkata ini merupakan platform terbaik bagi anak-anak muda negara mengetengahkan bakat mereka.

“Kita akan menyediakan ujibakat secara dalam talian yang lebih menyeluruh berbanding ujibakat terbuka.

"Ini adalah bukti bahawa program ini sentiasa memberi keutamaan kepada penonton dan peminat tanpa ke lokasi ujibakat,” katanya.

Peserta yang berjaya dalam sesi ujibakat akan berentap di pentas 'Battle', di mana mereka akan terlibat dalam pertempuran satu lawan satu.

Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya iaitu ‘The Meltdown’. dan peserta yang berjaya dalam peringkat ini berpeluang untuk mempamerkan bakat mereka secara langsung di pentas.

Pengacara Showdown 2012 akan dikendalikan oleh penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim, sementara juri tetap masih lagi dibarisi oleh Joe Flizzow dan Maple Loo.

Ujibakat akan dilakukan secara online dan mereka yang berminat boleh menghantar video tarian mereka secara ‘online’ ke www.8tv.com.my/showdown.

Ujibakat akan dibuka dari 1 hingga 21 November 2011. Semua rakaman video ini kemudiannya akan dinilai oleh juri bagi menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan