Vokal: Boby, Boy Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Boby (kiri) dan Boy ketika diumumkan oleh pengacara Ally Iskandar sebagai peserta yang tersingkir daripada Vokal, Bukan Sekadar Rupa di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad. - Foto oleh SAMUEL ONG
Boby (kiri) dan Boy ketika diumumkan oleh pengacara Ally Iskandar sebagai peserta yang tersingkir daripada Vokal, Bukan Sekadar Rupa di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad. - Foto oleh SAMUEL ONG

SHAH ALAM: Dua peserta program realiti terbaru TV3, Vokal, Bukan Sekadar Rupa iaitu Boby dan Boy yang tersingkir daripada persaingan minggu keempat, malam Ahad, menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selepas berpuas hati dengan persembahan masing-masing.

Mereka menjadi mangsa penyingkiran terbaru yang menuruti jejak langkah Epit, Adeq dan Aswad.

Mohd Janizam Jamaluddin (Boby), berkata dia tidak berasa kesal walaupun terpaksa pulang awal kerana telah menampilkan mutu persembahan seperti yang dirancangkannya.

“Saya tidak kesal walaupun terpaksa pulang awal daripada pertandingan ini.

"Saya telah mencapai sasaran peribadi untuk persembahan pada malam ini (malam Ahad),” katanya yang ditemui pada sidang media konsert itu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Ahad.

Ditanya tentang pemilihan lagu Lelaki Seperti Aku nyanyian asal Alif Satar yang dipertikaikan oleh dua juri tetap iaitu penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan komposer Azmeer, Boby berkata lagu tersebut dipilih kerana ingin mencabar kemampuan dirinya dalam menyampaikan lagu yang rancak.

“Pada minggu-minggu yang sudah saya kerap menyanyikan lagu balada. Memandangkan saya berbadan besar, sengaja saya pilih lagu rancak bagi membolehkan saya bergerak dan menari, walaupun ia satu cabaran yang besar.

“Sebagai peserta, saya telah mempersembahkan lagu itu sebaik yang mungkin. Penyingkiran awal ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk mengejar impian bergelar penyanyi,” katanya.

Seorang lagi mangsa penyingkiran, Airulazwan Abd Rahman (Boy) pula menerima kritikan ‘pedas’ juri Azmeer yang mempertikaikan koreografinya seperti seorang penyanyi perempuan dengan hati terbuka tanpa sebarang perasaan marah atau berkecil hati.

“Beliau (Azmeer) adalah orang yang berpengalaman dalam bidang muzik. Walaupun kritikannya agak kasar tetapi saya akui memang tidak pandai menari dan telah mencuba sehabis baik.

“Cuma, saya harap dapat bertahan lebih lama kerana impian untuk menyampaikan lagu Salam Terakhir (Sudirman) tidak kesampaian selepas tersingkir pada malam ini,” katanya.

Penyingkiran dua peserta tersebut sekaligus memberikan laluan kepada lima peserta lagi iaitu Asmidar, Azmarul, Fakrul, Irsa dan Mafa meneruskan persaingan pada minggu seterusnya.

Pada malam itu, Azmarul menyampaikan lagu Menimbang Rasa nyanyian asal Datuk Ahmad Jais, Boy (Kata - Hazami), Mafa (Empire State of Mind - Alicia Keys), Boby (Lelaki Seperti Aku - Alif Satar), Irfa (Kasih - Hetty Koes Endang), Fakhrul (Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip) dan Asmidar (Tunggu Sekejap - Saloma).

Format permarkahan Vokal terbahagi kepada 50 peratus markah daripada juri tetap dan 50 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Vokal yang berlangsung selama 10 minggu itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 bagi juara dan RM30,000 (naib juara).

Selain itu, program Rutin Vokal yang memaparkan sorotan persediaan mingguan para peserta disiarkan pada setiap Ahad pukul 5 petang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan