Sabri Yunos Terkejut 'Sanggul Beracun' Menang Empat Anugerah

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabri Yunos
Sabri Yunos

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Sabri Yunos terkejut apabila drama arahannya Sanggul Beracun menerima empat anugerah termasuk kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Sabri berkata, dia tidak menyangka percubaan pertama mengarah dan menulis sendiri skrip drama tersebut telah membawa tuah kepadanya.

"Saya sebenarnya terkejut dengan penghargaan ini kerana tidak pernah menyangka ia akan menerima penghargaan sebesar ini.

"Nyata percubaan pertama telah membuahkan hasil dan sepatutnya telah mengarahkan drama sejak dahulu lagi," ujarnya yang ditemui semasa sidang media di Anugerah Skrin 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Pelakon yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, selepas selesai menulis skrip drama tersebut, dia tidak berhasrat untuk mengarah drama itu kerana tidak merasakan mampu melakukannya.

Bagaimanapun katanya, setelah diyakinkan oleh salah seorang krew dalam drama tersebut, Sabri berkata dia memberanikan diri.

"Semasa menulis skrip drama tersebut saya tidak pernah terfikir untuk mengarah sendiri drama itu tetapi berkat keyakinan orang sekeliling saya terhadap bakat dimiliki, saya bersetuju," katanya.

Selain anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik, Sanggul Beracun turut membawa pulang anugerah Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Dalam pada itu, ditanya mengapa tidak pernah mengarah sebelum ini, Sabri berkata, dia tidak pernah mendapat atau mencari peluang untuk mengarah.

Ujarnya, kesibukan berlakon dan menulis skrip telah menyebabkannya mematikan hasrat untuk mengarah drama.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan mengarah lebih banyak drama selepas memenangi anugerah Pengarah Drama Terbaik ASK 2011, Sabri berkata, dia akan terus mengarah jika ada tawaran datang kepadanya.

"Dengan pengiktirafan malam ini, saya mula yakin dengan kebolehan mengarah dan berharap drama Sanggul Beracun tidak akan menjadi drama pertama dan terakhir arahan saya," ujarnya.

Sabri bagaimanapun sedikit kecewa apabila pelakon utama drama itu, Erra Fazira gagal memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Terbaik pada anugerah itu.

Katanya, bukan tidak bersetuju dengan keputusan juri memilih Datin Paduka Umie Aida sebagai pemenang cuma merasakan Erra telah memberikan persembahan terbaik dalam drama Sanggul Beracun.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan