Pementasan Teater Juta-Juta Ke Putrajaya

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas mendapat sambutan hangat di Stor DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka) pada September lalu, pementasan Teater Juta-Juta akan dipentaskan semula di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 2, Putrajaya bermula 10 November hingga 13 November 2011 pukul 8.30 malam.

Menggunakan judul baru iaitu Teater Juta-Juta Ke Putrajaya, teater itu dianjurkan oleh MASK Team dengan kerjasama Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

Mengisahkan tentang tiga graduan seni persembahan yang sedang membuat pembentangan idea kepada Pengarah Keraton, penaja dan pengkritik teater, mereka mengimbas kembali mengenai senario teater ketika di zaman belajar dahulu.

Perbincangan tersebut berubah menjadi pertikaman lidah gara-gara cuba menegakkan pandangan masing-masing.

Menarik tentang pementasan ini, ia hanya membabitkan seramai tiga orang pelakonn sahaja iaitu Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan dengan menggalas 12 watak berbeza.

Teater ini merupakan hasil karya Fasyali Fadzly, dimana dia pernah mengarah dan menulis beberapa naskah teater seperti Berani Mati 2009), Oedipus (2010)dan banyak lagi.

Pelakon Aloy Paradoks merupakan aktivis teater dan pernah mengarah dan menulis karya seperti Hegemoni, Merocok-rocok dan Nautika juga sebuah filem bertajuk Kontradiksi yang akan ditayangkan pada 2012.

Fazleena Hishamuddin pula antara pembikin filem pendek wanita yang aktif manakala Anas Ridzuan adalah seorang pelajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang teater.

Tiket berharga RM20 boleh didapati pada hari pementasan berlangsung atau bagu yang ingin membuat tempahan, sila hubungi Hilal Azmi di talian 019– 3572093.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook menerusi carian Teater Juta Juta Putrajaya dan Twitter #TeaterJutaJutaPUTRAJAYA.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan