Khas Aidiladha : 'Qasidah Rindu Fatihah' di TVi

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Watie menggalas watak Fatihah.
Watie menggalas watak Fatihah.

PETALING JAYA: Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi (Astro 180) akan menayangkan drama Qasidah Rindu Fatihah yang bakal menemui penonton pada 12 November ini pukul 12.00 tengah hari.

Menampilkan kisah pengorbanan sebenar seorang ibu, drama ini membariskan pelakon Fauziah Nawi, Watie Sadali, Ika Nabella, Talha Harith, Nasir Bilal Khan, Arash Mohamad dan Fauzi Nawawi.

Masinah, seorang ibu yang inginkan keturunannya mempunyai pegangan agama yang kuat menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya, Fatihah dalam keadaan yang serba sederhana.

Dia terkenal dengan suara lunaknya ketika mengaji ayat-ayat suci Al-Quran di Kampung Lalang termasuklah berzanji, qasidah dan sebagainya.

Fatihah juga mewarisi bakat ibunya dan setiap malam, mereka dua beranak akan mengajar kanak-kanak mengaji.

Masa berlalu Masinah mula menyedari jiwa muda Fatihah mula memberontak. Fatihah yang sememangnya memiliki suara yang lunak seringkali dipengaruhi oleh teman-temannya untuk menyertai pertandingan nyanyian hingga membuatkan Fatihah termakan kata-kata pujian mereka dan dia mula menyanyi di rumah kenduri kahwin.

Satu hari rahsianya terbongkar dan Masinah mengamuk apabila mengetahui Fatihah menyanyi di sebuah majlis kenduri kahwin. Masinah mengambil keputusan untuk mengahwinkan Fatihah namun ia ditolak. Pertengkaran besar berlaku menyebabkan Fatihah terus meninggalkan Masinah dan mengejar cita-citanya di Kuala Lumpur.

20 tahun kemudian, Fatihah sudah berkeluarga dimana suaminya, Amir, seorang ahli perniagaan dan memiliki anak bernama Fitri yang juga memiliki bakat nyanyian sepertinya.

Sementara itu, Najmuddin pemuda yang ingin dijodohkan ibunya duhulu juga kini telah memiliki keluarga sendiri dan seorang anak bernama Amar.

Tanpa disedari Fitri berkawan rapat dengan Amar hingga menimbulkan perasaan cinta antara keduanya. Amar membawa Fitri pulang ke kampungnya dan memperkenalkannya dengan Masinah yang sudah dianggap bagai neneknya sendiri kerana setelah Fatihah menghilangkan diri, hanya Najmuddin yang mengambil berat soal dirinya.

Dalam pada itu Masinah masih lagimenanti kepulangan Fatihah dan berharap anaknya itu dapat pulang menemuinya sebelum dia menutup mata.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan