Ashanti Vokalis Baru Black Eyed Peas?

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashanti
Ashanti

SETELAH khabar angin tentang salah seorang ahli kumpulan Black Eyed Peas (BEP), Fergie, akan keluar daripada kumpulan itu, berita baru pula muncul mengatakan Ashanti bakal menggantikan tempat penyanyi itu.

Malah Ashanti yang terkenal dengan lagu Foolish itu sudah mula mengikuti BEP ke konsert jelajah mereka untuk mendapatkan keserasian.

Menurut sumber, sebenarnya sudah lama BEP mencari pengganti Fergie cuma mereka belum berjumpa dengan penyanyi yang sesuai.

"Sudah beberapa kali kumpulan itu mencari pengganti Fergie. Dan difahamkan Ashanti turut serta dalam konsert jelajah kumpulan itu yang dikira sebagai ujibakat untuk melihat cara kerjasama diantara mereka," katanya.

Bagaimanapun Fergie membuat kenyataan bahawa kemunculan Ashanti bersama BEP terjadi disebabkan kerana dia sedang memberi fokus terhadap keluarganya.

Dalam sebuah temubual Times dengan salah seorang anggotanya, Taboo, dia ada menyebut bahawa dkumpulannya termasuklah para peminat harus menghormati keputusan isteri kepada aktor Josh Duhamel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan