Umie Aida Belum Puas Cari Keserasian Skrip

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Umie Aida (gambar) masih belum puas mencari naskhah skrip yang serasi dengan kehendaknya dan mendapat kerjasama berkumpulan yang bagus dalam produksi.

Umie akui selepas melakonkan banyak drama dan filem, kepuasannya dalam bidang lakonan belum sampai ke kemuncak sebaliknya dia perlu bijak mengatur strategi agar lakonan dan keluarga berada dalam keadaan seimbang.

“Selepas berkahwin, saya lebih mengutamakan keluarga saya berbanding karier seni kerana sudah penat untuk berada di lokasi penggambaran sehingga waktu awal pagi.

“Bagaimanapun, saya masih lagi menerima tawaran lakonan tetapi lebih selektif dalam pemilihan skrip. Selain itu, saya mahukan kerjasama kru produksi yang bagus,” katanya kepada mStar Online.

Terbaru, pelakon drama Airmata Nur Salina ini baru sahaja selesai penggambaran filem Azazil yang turut dilakonkan oleh pelakon Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad.

Dalam filem arahan Kabir Bhatia itu, Umie melakonkan watak Ibu Yani iaitu ibu kepada Remy Ishak.

“Saya seronok berlakon dalam Azazil kerana diberikan watak yang saya suka dan agak klasik,” katanya lagi yang turut terlibat dengan latihan untuk pementasan teater Badai Semalam.

Menyentuh sedikit tentang kehidupannya sebagai isteri, Umie berharap akan mendapat rezeki untuk menimang cahaya mata kelak.

“Saya pernah pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi nampaknya masih belum mempunyai rezeki untuk hamil.

“Jika ada rezeki, saya berharap mendapat bayi perempuan,” katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan