Salina Saibi Tahan Diri Pakai Bengkung

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan pelakon filem Aku Bukan Tomboy
Antara barisan pelakon filem Aku Bukan Tomboy

KUALA LUMPUR: Pelakon Salina Saibi mengakui cabaran utama melakonkan watak Sam dalam filem Aku Bukan Tomboy adalah mengenakan bengkung bagi menutupi bahagian dada seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita berkelakuan lelaki.

Kata Salina, dia hanya mampu bertahan selama empat jam bagi melakonkan beberapa babak dalam filem tersebut dengan mengunakkan lilitan bengkung tersebut.

"Saya rasa sangat terseksa pakai bengkung tersebut kerana ia diikat ketat bagi tidak mahu menampakan bahagian dada.

"Tapi apa yang menjadikan lebih sakit kerana ketika itu saya sedang menyusukan anak saya," ujarnya ketika ditemui selepas majlis tayangan media filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, jelas Salina dia sanggup berkorban demi memberi lakonan yang terbaik untuk filem yang bakal ditayangkan pada 17 November ini.

Dalam pada itu, bagi menghayati watak tomboy, dia juga melakukan pemerhatian di beberapa kawasan yang sering dikunjungi golongan tersebut.

"Ketika menerima watak tersebut saya sangat teruja kerana ia berbeza daripada watak-watak yang pernah saya bawa.

"Bagi tidak menghampakan pengarah, saya melakukan kajian dan pemerhatian dan berkunjung di beberapa kawasan yang menjadi tempat lepak golongan tomboy dan pengkid," katanya.

Selain itu, Salina berkata dia turut memakai beberapa helai baju suaminya ketika penggambaran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan