Hilang Sabar, Pelakon Teater Terima Kasih Cinta Tuntut Bayaran Penuh

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teater muzikal Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istan Budaya pada Februari lalu.
Teater muzikal Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istan Budaya pada Februari lalu.

PETALING JAYA: Barisan pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC)berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit eksekutif teater muzikal itu, Boudeng Idrus dan Creative Partnership Sdn Bhd berikutan dakwaan kegagalan pihak tersebut melunaskan baki bayaran mereka yang masih tertunggak.

Salah seorang pelakon teater itu, Iedil Putra Alaudin ketika dihubungi mStar Online mendakwa, rata-rata pelakon dan krew produksi teater tersebut masih belum menerima baki bayaran dijanjikan selepas hampir lapan bulan teater itu dipentaskan.

Bagaimanapun Iedil berkata, pihak mereka masih terbuka untuk perbincangan dengan pihak penerbit tanpa melibatkan sebarang tindakan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut itu.

"Hampir 10 bulan kami bersabar dan cuba memahami masalah dihadapi oleh pihak produksi tetapi nampaknya ia tidak mempunyai sebarang tanda-tanda penyelesaian.

"Kami faham pihak penerbit mengalami masalah kewangan kerana kegagalan teater itu mendapatkan tajaan dan ia tidak membawa keuntungan tetapi ia telah berlarutan terlalu lama dan kami perlu memperjuangkan hak kami.

"Tidak mahu bersangka buruk dengan Boudeng kami cuba menghubunginya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," ujarnya.

Iedil berkata, atas dasar itu juga mereka menggunakan medium laman sosial seperti Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak penerbit kerana tiada cara lain untuk menghubunginya.

Terdahulu, TKC telah dipentaskan di Istana Budaya pada 19 Februari hingga 6 Mac tahun ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Safura, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding Indrawani dan Diddy Hirdy.

Iedil bagaimanapun mendakwa pihak penerbit hanya membuat pembayaran sebanyak 30 peratus sebelum pementasan bermula dan baki 20 peratus semasa pementasan berlangsung.

"Bayaran 20 peratus itu dibuat setelah kami semua mengugut untuk menarik diri daripada membuat persembahan dan selepas itu mereka membayar duit tersebut dan berjanji akan menyelesaikan semua baki bayaran selepas tamat persembahan," katanya.

Sementara itu, Boudeng ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mencari jalan untuk membayar semua pelakon dan krew produksi terlibat dan memberitahu satu surat akan dikeluarkan kepada semua terlibat bagi menerangkan masalah yang sedang dihadapi.

"Kami berharap mereka dapat bersabar dan pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana ia melibatkan jumlah yang besar," ujarnya.

Mengakui TKC mempunyai banyak masalah dan tidak membawa keuntungan, Boudeng berkata, faktor itu menyukarkan lagi pihaknya untuk melunaskan pembayaran tertunggak.

Menyangkal dakwaan melarikan diri daripada masalah, Boudeng menegaskan dia atau pihak produksi tidak berbuat demikian dan mereka yang terlibat boleh menghubunginya terus jika mempunyai sebarang persoalan.

"Saya tidak lari ke mana-mana dan saya boleh dihubungi jika mereka ingin bercakap dengan saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan