FFM24 Tunda Sehari

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Naguib Razak (dua dari kiri) dan Khairul Anwar Salleh (kanan) ketika sidang media khas FFM 24 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Khamis. - Foto ELLIS KHAN
Mohd Naguib Razak (dua dari kiri) dan Khairul Anwar Salleh (kanan) ketika sidang media khas FFM 24 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Khamis. - Foto ELLIS KHAN

KUALA LUMPUR: Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang sepatutnya berlangsung pada 19 November ini terpaksa ditunda sehari iaitu 20 November.

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Naguib Razak, penundaan tersebut perlu dilakukan bagi menyempurnakan kehadiran tetamu kehormat dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kesenian dari Singapura.

“Kami ingin menjayakan acara ini dengan mengadakan kerjasama erat dengan Singapura serta cuba mengadakan dialog yang lebih holistik dalam mengajakkan industri seni negara ini lebih ke hadapan.

“Jadi, kami ingin tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kesenian dari Singapura, Dr Yaakob Ibrahim untuk sama-sama memeriahkan acara ini,” kata Naguib pada sidang media khas FFM 24 di Hotel Royale Chulan, Khamis.

Walaupun bertukar tarikh, namun lokasi, waktu dan proses acara FFM 24 berlangsung masih dikekalkan iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9 malam.

Tambah beliau lagi, kerjasama dengan Singapura ini diyakini mampu menonjolkan FFM 24 pada dunia luar.

“Kami perlu memberikan pendekatan sewajarnya untuk menjayakan acara besar seperti ini. Lagipun sebelum ini kerjasama antara Malaysia dan Singapura tidak erat.

“Jadi, kami ingin mencapai matlamat yang diharapkan ini pada awal lagi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh selaku wakil penyiar rasmi FFM 24 mengumumkan penajaan sebanyak RM1 juta yang dikeluarkan oleh stesen tersebut untuk menjayakan acara itu.

FFM 24 akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105) pada pukul 9 malam manakala siaran tertunda bagi penonton di Singapura boleh didapati di Astro Ria pada pukul 10 malam.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan