ASK 2011 Milik "Air Mata Nur Salina"?

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu babak dalam drama Berkalung Noda lakonan Fasha Sanda antara yang disebut-sebut memenangi ASK 2011.
Salah satu babak dalam drama Berkalung Noda lakonan Fasha Sanda antara yang disebut-sebut memenangi ASK 2011.

ANUGERAH Skrin 2011 (ASK2011) yang bakal berlangsung pada pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi medan pengiktirafan buat para penggiat seni dalam memartabatkan dunia penerbitan drama, filem dan program televisyen tempatan.

ASK2011 yang mementaskan tiga kategori utama iaitu drama, filem dan penerbitan dalaman bakal menyaksikan perebutan 17 telemovie, 10 drama rantaian, tujuh drama komedi dan 29 buah filem berentap untuk diiktiraf sebagai yang terbaik.

Kategori keramat dalam sejarah penganjuran ASK iaitu drama televisyen memperlihatkan saingan sengit dalam kalangan beberapa judul drama iaitu Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Korban Kasih Abah, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Rendang Madu, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Sanggul Beracun.

Jika pada tahun lalu, pengarah Shahrul Ezad Mohamedin menerusi drama Antara Garisan berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik, sekaligus turut merangkul beberapa anugerah lain.

Ini termasuk Pelakon Wanita Terbaik iaitu Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Persaingan bagi edisi ke-11 ini dilihat lebih sengit di antara drama Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Korban Kasih Abah, Sanggul Beracun dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Pilihan mStar Online: Airmata Nur Salina

Pengarah yang dijangka merebut gelaran Pengarah Terbaik Drama adalah Erma Fatima (Air Mata Nursalina), M Hitler Zami (Berkalong Noda), Sabri Yunus (Sanggul Beracun).

Pilihan mStar Online: Erma Fatima

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Riz Ainuddin (Berkalung Noda), Eman Manan (Iqra), Remy Ishak (Airmata Nur Salina) dan Zamarul Hisyam (Kemaafan Yang Tertangguh) menjanjikan persaingan sengit pada malam ini.

Pilihan mStar Online: Eman Manan

Terus menghangatkan teka-teki ASK2011, beberapa aktres yang mendominasi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama seperti Umie Aida (Air Mata Nur Salina) Fasha Sandha (Berkalung Noda), Erra Fazira (Sanggul Beracun) memperlihatkan persaingan yang terbuka.

Pilihan mStar Online: Umie Aida

Manakala kategori filem pula terdiri daripada Mantra, Magika, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan KL Gangster.

Secara kasar, filem Hikayat Merong Mahawangsa dan KL Gangster mempunyai peluang cerah untuk memenangi kategori ini. Namun tidak boleh disangkal kehebatan filem terbitan Grand Brilliance, Nur Kasih The Movie yang juga memberi saingan sengit.

Pilihan mStar Online: KL Gangster

Beralih kepada kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem, persaingan sengit untuk kategori ini dapat dilihat apabila barisan pelakon-pelakon lelaki lelaki hebat seperti Remy Ishak (Cun!, Nur Kasih The Movie), Shaheizy Sam (Kongsi, Sekali Lagi), Syamsul Yusof (Khurafat), Farid Kamil (Cuti-Cuti Cinta), Ady Putra (KL Gangster) dan tidak ketinggalan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ASK 2010, Aaron Aziz (KL Gangster).

Kesemua yang tersenarai mempunyai kelebihan tersendiri dengan watak-watak yang agak kuat dalam filem-filem tersebut.

Pilihan mStar Online: Ady Putra (KL Gangster)

Persaingan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem pula dijangka memperlihatkan persaingan sengit dua aktres Maya Karin (Cun), Tiz Zaqyah (Nur Kasih the Movie), Diana Amir (3,2,1 Cinta), Lisa Surihani (Sekali Lagi) dan Shera Aiyob (Karak).

Pilihan mStar Online: Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)

Filem dan drama manakah yang bakal diiktiraf sebagai yang terbaik? Siapakah pelakon filem dan drama yang bakal merangkul anugerah pelakon terbaik? Siapakah pula bakal mengikut jejak Erma Fatima dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik?

Semuanya bakal terjawab dalam ASK2011, pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, PWTC dan disiarkan secara langsung di TV3.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan