Mizz Nina Teruja Kerap Buka Tirai Konsert Artis Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina ditemui pada sidang media konsert Pitbull Live in Malaysia, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Rabu. - Foto The Star oleh CAROL LEONG
Mizz Nina ditemui pada sidang media konsert Pitbull Live in Malaysia, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Rabu. - Foto The Star oleh CAROL LEONG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mizz Nina, 31, menyifatkan kekerapannya melakukan persembahan pembukaan konsert penyanyi-penyanyi antarabangsa sebagai satu rahmat dan berasa teruja di atas kepercayaan berterusan daripada para penganjur.

Terbaru, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Take Over menampilkan Flo Rida ini bakal melakukan persembahan pembukaan konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, Pitbull di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember depan.

Mizz Nina berkata apabila dimaklumkan mengenai kunjungan Pitbull ke sini, dia sememangnya sudah merancang untuk menyaksikan sendiri konsert itu.

"Pada awalnya, saya sendiri sudah berasa teruja untuk menonton konsert Pitbull.

"Apabila pengurusan saya memberitahu tentang tawaran untuk membuat persembahan pembukaan konsertnya, ia bagaikan satu rahmat yang tidak patut dilepaskan," katanya yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Hilton, di sini, Rabu.

Mizz Nina berkata pada malam konsert itu nanti, dia akan mempersembahkan tiga buah lagu termasuk lagu hitnya What You Waiting For, Take Over dan sebuah lagu daripada album terbarunya yang masih berada dalam proses pembikinan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif JS Concert Susan Tan selaku penganjur konsert, berkata pemilihan Mizz Nina sebagai penyanyi pembukaan konsert tersebut adalah tepat dan bersesuaian.

"Bagi saya, tiada lagi penyanyi tempatan lain pada waktu ini yang lebih baik selain Mizz Nina.

"Lagipun, genre muzik mereka yang rancak dan bertenaga itu sangat bersesuaian antara satu sama lain," jelasnya.

Tiket-tiket berharga RM138 (tiket biasa), RM198 (party zone), RM298 (mosh pit) dan RM398 (tempat duduk VIP) kini boleh didapati menerusi laman web www.ticketpro.com.my, kedai muzik Victoria Muzik, The Guitar Store, rangkaian Rock Corner atau hubungi talian 03-78807999.

Selain Mizz Nina, konsert itu turut menampilkan DJ Joe Maz dan DJ Big Shype.

Konsert Pitbull Live in Malaysia pada 1 Disember depan akan bermula pada pukul 7 malam di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Ia dibawakan oleh JS Concert dan DiGi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan