Shaheizy Sam Nafi Bakal Tinggalkan MIG

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Shaheizy Sam menafikan bahawa dia tidak akan menyambung kontrak dan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth Sdn Bhd.

Kata Shaheizy, perkara tersebut tidak benar sama sekali, malah dia akan menyambung kontrak yang bakal tamat pada penghujung Disember ini.

"Khabar angin itu tidak benar sama sekali kerana saya akan meneruskan kontrak saya dengan MIG untuk tahun seterusnya.

"Saya tak tahu apa yang orang luar kata tentang MIG, tapi bagi saya MIG menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menguruskan kerjaya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, dia turut menafikan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan tersebut seperti yang dikatakan segelintir pihak.

Bercerita tentang filem Aku Bukan Tomboy yang bakal ditayangkan pada 17 November ini, Sam berkata cabaran utama adalah memberi mutu lakonan yang berbeza daripada filem sebelum ini.

"Cabaran berlakon filem ini adalah mencari kelainan dari filem-filem sebelum ini,

"Saya sudah biasa bawa watak komedi, jadi saya mahu penonton rasa bosan dan takut lawak-lawak saya tidak menjadi atau tidak kelakar," katanya.

Dalam filem tersebut Sam memeggang watak sebagai Harry kawan baik kepada Isha lakonan Scha Alyahya. Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang kehidupan gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kematian ibu.

Biarpun mempunyai sikap seperti seorang lelaki, Isha diminati oleh dua orang jejaka iaitu Harry dan Burn (Syamsul Yusof).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan