MC Pitch Bukan Motif Kaut Untung

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara penerbit, pengarah dan  pihak penganjur yang terlibat dalam MC Pitch. - Foto SHAARI CHE MAT
Antara penerbit, pengarah dan pihak penganjur yang terlibat dalam MC Pitch. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysian Creative Pitch (MC Pitch) akan dilakukan buat julung kalinya di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, pada 17 November bagi memberi peluang kepada orang awam dan individu seni untuk menjual idea (pitch).

Bagaimanapun, Pengarah MC Pitch, Martias Ali menolak dakwaan bahawa program ini bertujuan untuk mengaut keuntungan.

“Kami menyediakan prasarana dan ruang ini kepada semua pihak yang berminat untuk berkongsi idea-idea kreatif dan bermutu dalam bentuk drama televisyen, filem, dokumentari, iklan, animasi, novel, buku dan komik untuk memperbanyakkan pengisian kandungan kreatif dalam hasil karya tempatan.

“Motif kami bukan untuk membuat duit tetapi lebih menggalakkan ciptaan idea kreatif di kalangan masyarakat negara ini,” katanya ketika sidang media MC Pitch di Finas, Selasa.

Martias yang melahirkan idea untuk menganjurkan program ini menambah: “Saya menganggap program sebegini mampu menyelesaikan masalah berhubung ketandusan idea cerita yang tidak menarik di negara kita.

“Saya harap program ini harus diadakan setiap tahun untuk menggalakkan semua orang menghasilkan idea kreatif bagi membantu membangunkan industri seni kreatif negara ini”

Program yang bakal bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang ini diadakan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dengan kerjasama Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24. Ia terbuka kepada semua individu yang mempunyai idea kreatif dan inovatif untuk dikomersialkan.

Tiada had umur dan kelayakan profesional atau pengalaman yang diperlukan untuk menyertai program ini.

Setiap peserta dikehendaki membeli tiket berharga RM2 untuk setiap idea yang dilontarkan tidak kurang daripada 5 minit di hadapan penerbit dan wakil stesen televisyen seperti TV3, Astro dan RTM.

Selain itu, pada hari yang sama turut dianjurkan pertandingan pitch di Panggung Mini P Ramlee, Finas di mana peserta perlu mendaftar dan kemudian diminta memberikan pitch di hadapan penonton.

Juri profesional akan menilai persembahan pitch tersebut dan pemberi pitch terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 untuk juara, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (tempat ketiga).

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan